Logo KBBA
POTONGAN 50%

Khamis, 25 Ogos 2016

Di sebalik kisah sup daging dan telur dadar

assalamualaikum semua,

ini lauk semalam...

lauk untuk makan malam



ada cerita di sebalik lauk ni...


kelmarin masa makan malam aku tak larat nak masak sebab baru balik dari Shah Alam... makanya shah tolong belikan nasi lemak dan lauk...


tapi tiba-tiba tengah makan abg long cakap, "ummi... esok boleh tak ummi masak telur yang macam kita makan hari tu?"


apa lagi yang boleh aku jawab?
"ye la nak...esok ummi masak ye..." jawab aku dengan rasa amat bersalah...


dan hari semalam aku masak lauk sup daging dan telur dadar yang abg long inginkan... nak tau apa reaksi anak-anak?

berulang kali anak-anak puji sedapnya masakan aku... rasa sangat terharu dan dihargai... walaupun anak tak tau sebenarnya aku dah kehabisan rempah sup di dapur dan akhirnya aku kisar sendiri rempah untuk sup ini yang aku juga berasa sangat kagum dengan usaha aku... hahaha...
nanti aku

itulah antara tanda kasih sayang seorang ibu dan isteri... hati sendiri terasa sangat puas melihat anak dan suami makan hasil tangan sendiri...

bukan susah pun nak gembirakan orang tersayang tapi kita selalu lupa kan?

p/s rasa jeles pulak dengan orang yang boleh naik heli...untunglah duduk jauh...huhuhu...



Sejarah MAHA, Road To MAHA Pahang dan Peraduan Selfie

assalamualaikum semua,

kali ni aku nak kongsikan pasal sejarah MAHA dan pertandingan yang berlangsung sempena MAHA 2016 tahun ni... ada yang perasan tak pasal pertandingan ni? ianya adalah pertandingan 'selfie' yang dianjurkan sempena program MAHA yang akan dianjurkan setiap dua tahun seperti sebelum ni...

MAHA 2016

Sejarah MAHA

apa dia program MAHA ni sebenarnya?  

MAHA atau nama penuhnya adalah Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show... MAHA bermula pada tahun 1922 lagi yang berasal dari nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun yang sama... Tujuan utama penubuhan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian... MAHA pertama yang diadakan adalah pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923 bertempat di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor...

Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coronation Park" yang terletak di Kuala Lumpur pada ketika itu dipanggil "Coronation Park" oleh Gabenor Sir Edward Gent... dan kawasannya adalah di mana Stadium Merdeka terletak pada masa sekarang... ianya merupakan pameran pertanian terbesar selepas peperangan tamat dengan keluasan 8 ekar yang menempatkan 40 buah gerai pameran, menerima 75 000 pengunjung serta berlangsung sehingga 3 hari...

Kemudian pada tahun 1972, kerajaan telah mengisytiharkan pertunjukan MAHA digantikan dengan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) pada setiap tahun... dan HPPNK telah bermula pada tahun 1975 dengan semua ciri-ciri pameran untuk MAHA dikekalkan...

Pertunjukan MAHA kemudiannya diwujudkan kembali pada tahun 1999 dan namanya diubah kepada pameran Malaysian Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA)... dan bermula pada tahun 2002, pertunjukkan diadakan 2 tahun sekali serta HPPNK disambut bersama dengan pameran antarabangsa MAHA...

dan bermula pada tahun 2008... Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) telah dijadikan lokasi tetap bagi acara ini setiap 2 tahun sekali... dan pada tahun ini akan berlangsung pertunjukan MAHA yang bertemakan "Our Food Our Future" di tempat yang sama...




kalau bagi aku pulak...pengalaman berkunjung ke pameran MAHA belum pernah lagi dirasai sepanjang MAHA bertukar ke destinasi sekarang ini... sebelum tu ada jugak aku sertai pameran MAHA ni samada sebagai urusetia kecil dan jugak pengunjung... dan menariknya  sempena pameran MAHA pada tahun ni akan diadakan pertandingan untuk 'selfie' atau 'wefie' bagi sesiapa je yang sudi memuatnaik gambar yang diambil ketika program 'Road to MAHA 2016' atau program 'MAHA 2016'...

pertandingan selfie @ wefie sempena MAHA 2016

dan yang lebih menariknya untuk warga PAHANG dan sekitarnya ialah pada hujung minggu ni ada program Road To MAHA 2016 bagi Negeri Pahang yang akan berlangsung di MARDI Cherating dari 26 Ogos hingga 28 Ogos 2016... jom la datang beramai-ramai... jangan lupa selfie dan hantar penyertaan tau...


p/s banyak betul benda nak cerita sampai tak tau nak tulis yang mana satu dulu...huhuhu

Rabu, 24 Ogos 2016

Pencapaian Malaysia di Olympic Rio 2016

assalamualaikum semua,

dah berakhir pun sukan jabatan kami di Shah Alam pada hari Isnin baru ni... tapi nanti la aku ceritakan dalam entri lain... entri kali ni nak memahat kenangan pada sukan dunia yang baru je berakhir pada Ahad 21 Ogos 2016 yang lepas... Sukan Olimpik 2016 kali ni pastinya meninggalkan berjuta kenangan sama seperti sukan-sukan olimpik sebelumnya di sepanjang penganjurannya di Brazil dari 5 Ogos 2016 sehingga berakhir pada 21 Ogos 2016 yang lalu...

Olympic Rio 2016


bagi aku sendiri yang merupakan seorang yang biasa dan bukanlah seorang peminat sukan yang tegar... sukan seperti ini sebenarnya memberikan kita semangat yang luar biasa... semangat kecintaan pada negara yang patut ditanam sampai bila-bila... walau di mana pun kita berada... semangat yang ditunjukkan oleh setiap atlet yang mewakili negara masing-masing jelas terserlah... masing-masing berusaha gigih untuk memastikan lagu kebangsaan negara mereka untuk berkumandang di arena sukan terkemuka ini...

sudah menjadi adat permainan... ada yang menang dan ada yang kalah... di sebaliknya juga ada kisah yang tersendiri... yang menang tersenyum puas... tapi yang kalah tentunya berazam akan terus bangkit untuk menang di kesempatan yang lain... semangat ini yang perlu kita kutip untuk terus berjuang dalam hidup biar apa jua halangan yang mendatang...

gambar di bawah ni merupakan pencapaian Malaysia dalam kedudukan keseluruhan negara yang bertanding... dan negara Malaysia menghantar 32 atlet untuk menyertai kejohanan ini... keseluruhan lebih 11 000 atlet dari 207 buah negara yang menyertai kejohanan ini secara keseluruhannya... melibatkan 28 jenis acara sukan dan diadakan di sekitar 33 tempat kejohanan yang berbeza...



dari segi pencapaian pingat yang diperolehi Malaysia... aku bukanlah orang sesuai yang patut membuat analisa... tapi harapan sebagai rakyat Malaysia akan terus mendoakan semoga suatu masa nanti akan adanya anak Malaysia yang berjaya membawa pulang sebutir emas berharga dari kejohanan ini... dan pada Olimpik 2016 sesungguhnya atlet Malaysia menunjukkan kebolehan untuk bersaing dengan negara yang tentunya lebih besar pencapaian mereka... bukan sahaja jauh besar saiz badannya dari atlet kita.... malahan jauh jugak pengalaman dan pencapaian yang mereka ada...



buat semua atlet Malaysia yang menyertai Olimpik Rio 2016... tahniah atas usaha yang anda semua tunjukkan... jangan mengalah dan teruslah berusaha... kami sentiasa di belakang menyokongmu...

rekod pencapaian Malaysia di Sukan Olimpik sehingga Olimpik Rio 2016 ~ harian metro
kat atas ni ada analisa yang dibuat oleh Harian Metro mengenai pencapaian negara Malaysia dalam Sukan Olimpik sehingga Olympic Rio 2016... nampak pencapaian memberangsangkan dari peningkatan pingat yang dimenangi sehinggalah ke acara yang dimenangi...

buat mereka yang masih pandang rendah pada atlet ini... sedarlah... ini bukan sukan sekolah-sekolah tau... ini sukan dunia... jadi untuk masuk saringan pun perlukan pencapaian yang bukan calang-calang... apa pun yang berlaku... semoga Malaysia terus berjaya menghasilkan atlet yang gemilang dalam bidangnya...


p/s semangat balik dari sukan ni lain macam... orang kata atlet negara tak sungguh2 main pun aku pulak yang sensitif... hahaha....

Rabu, 17 Ogos 2016

Batu Seremban

assalamualaikum semua,

hari ni aku nak share pasal permainan tradisi ni... sebenarnya aku agak teruja nak kongsikan yang aku akan sertai sukan jabatan dalam permainan batu seremban ni... karang mesti ada yang nak tanya kenapa mesti batu seremban? kenapa bukan badminton ke? bola jaring ke? atau apa-apa yang lain yang lagi memerlukan fizikal kan? sebelum aku jawab aku tunjuk dulu gambar batu seremban yang cantik ni haaa...

batu seremban -google

gambar ihsan google


sebenarnya... kalau korang dah mula cakap macam apa yang aku tulis kat atas tadi... makanya korang tergolong dah dalam orang yang sebenarnya tak berapa tau apa sebenarnya permainan batu seremban ni.... tau tak korang sebenarnya permainan batu seremban ni sebenarnya adalah permainan yang menguji mental dan fizikal korang tau ... lagi hebat dari permainan catur... kalau catur korang cuma perlukan otak yang pandai mengatur gerak langkah manakala dalam batu seremban korang bukan sahaja perlu bijak mengatur langkah... korang perlu jugak bijak mengawal emosi supaya tidak menganggu geraklangkah...

mesti korang pelik kan....macamana la aku boleh terjoin pulak dengan sukan jenis macam ni agaknya... memula asalnya aku join sebab nak cukupkan korum kumpulan yang ada untuk pasukan layak bertanding... cuba-cuba la masuk dalam ujian saringan... alhamdulillah terpilih walaupun main agak ke laut jugak.... serius tau aku main memang macam laut ada pasang surutnya... huhuhu... 

namun di atas bimbingan pengurus pasukan yang sangat tak jemu melatih dan memberi semangat aku rasa semangat tu datang sendiri tapi bila memikir gemuruhnya bila di depan orang ramai nanti terus macam ada rasa nak tarik diri la pulak... hahaha... ada dua jenis batu yang aku tunjukkan kat atas tu kan? yang kami guna yang gambar memula tu... susah ko nak timbang kat tangan comel aku ni haa... asyik berterabur je...



tepi longkang pun jadik ko... hahaha...


apa pun terjadi kami akan cuba yang terbaik... lebih tertekan lagi memandangkan piala pusingan bagi juara ditaja oleh Pengarah DVS Pahang la pulak... tentulah dia nak piala tu balik ke Negeri Pahang dulu kan.... huhuhu... stress...

untuk info korang sukan ni bermula dari 19-23 Ogos ni di Shah Alam... blogger Eintan Nurfuzie pun ada sama tau... orang-orang hebat ni... mengeletar lutut kita awak.... psssstttt tolong doakan kami ek....


p/s hp saya rosak...whatsapp tak available ye... huwaaa..hp ganti  ni kamera pun tak boleh guna...

Jumaat, 12 Ogos 2016

Kaedah meninggalkan komen di blog

assalamualaikum semua,

dah memang lumrah seorang blogger dia bukan saja suka menulis je... biasanya memang jenis kaki baca jugak... jarang-jarang la yang aku jumpa jenis yang tak baca blog orang lain... jadi bila ada masa biasanya nak berjalan jugak ke blog kawan-kawan blogger ni yang biasanya ada dalam senarai bloglist atau yang mana  terlintas dalam group blogger di facebook atau timeline yang lalu kat dinding facebook  tu kan... itu belum lagi kira yang terlebih rajin untuk google info pasal benda yang kita sibuk nak cari sebagai model entri atau resepi yang kita nak masak hari-hari... tengok orang post entri dengan gambar makanan yang menarik pun laju je nak klik... hahaha... aku la tu...

gambar pinjam dr google :)


dan setiap kali bila dah baca dan nak tinggalkan komen dekat blog yang dibaca tu mulalah bermacam perasaan timbul... haha... korang ada rasa  macam aku tak? ke aku je yang tetiba jadi alien kat sini?

macam ni.... kan blog kita ni ada bermacam jenis dan fesyen kan? dan selalunya setting untuk setiap blog ni pun berbeza-beza mengikut keselesaan tuan punya blog... tapi ada tak kita sebagai tuan punya blog pernah ambik kisah tentang apa yang pembaca kita suka? kalau blog tu kepunyaan orang terkenal yang semestinya dah ada nama dalam bidang penulisan ni takpe la jugak... ini kalau jenis blog yang macam aku punya ni... kalau ikut rasa sendiri alamatnya baca sendiri la blog ko ita oiii...

jadi kalau korang sebagai pembaca boleh tak tolong pilih kaedah meninggalkan komen yang mana yang paling korang suka dan kiranya cara menulis komen paling digemari oleh pembaca la ni... aku senaraikan ok...

Keadah atau Cara Menulis Komen di Blog 


1. Menggunakan template sedia ada di blogger.com 


komen blogger.com

yang ni biasanya digunakan oleh blogger yang guna platform blogspot untuk menulis blog macam aku... cuma komen yang macam ni terus boleh ditulis komennya di dalam kotak komen dan hantar...


2. Menggunakan template yang ada tetapi guna pop up window


komen pop up box


yang jenis macam ni dia akan keluar kotak komen tu kat window lain dan tak mengganggu blog yang sedang dibaca...

3. Menggunakan komen facebook 


komen facebook


yang jenis macm ni korang kena login dulu ke facebook dan baru boleh tinggalkan komen dalam post tu... kalau aku pembaca agak tak gemar untuk kongsikan komen aku di facebook yang privasinya tak dapat ditapis tu... jadi aku jarang sangat tinggalkan komen di kotak komen sebegini...

4. Menggunakan Google+ 


komen Google+


yang ini pun lebih kurang sama dengan komen facebook tadi... aku pun kurang gemar nak guna...


5. Menggunakan kotak komen WordPress


komen WordPress


walaupun aku bukan blogger WordPress tapi aku sangat suka tinggalkan komen dekat blog kawan-kawan yang guna WordPress ni... sebabnya... cuba korang tengok gambar tu... haaa... nampak entri kita kat belah bawah tu... yang tu kalau sebagai blogger dikira sebagai promosi percuma di blog orang lain... itu yang istimewanya ada kawan-kawan ramai dari WordPress ni... hehehe...

6. Menggunakan kotak komen Diskus

komen Diskus



menggunakan komen jenis ini memerlukan kita berdaftar dulu baru boleh meninggalkan komen... yang bagusnya ada peringatan diberi jika komen kita kemudiannya dibalas dari blog yang dikomen...



jadi.... kalau korang sebagai pembaca dan juga pada masa yang sama seorang blogger... komen mana yang menjadi pilihan hati... meh la komen kat bawah kalau sudi... kalau aku sendiri aku akan laju-laju klik tutup kalau kotak komen yang ada cuma menggunakan facebook atau Google+... hehehe... maaf ye kawan-kawan....



p/s hari ni ada training batu seremban lagi untuk sukan... jari mengigil...huhuhu...