Julai 2010 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

percubaan

salam jumaat semua, semalam aku start cuba hantar anak2 ke taska...alhamdulillah, nampaknya cam takde masalah...lega rasanya..jadi hari isnin ni insyallah aku lega keja dgn tenang...najmi pun dah leh minum dari botol susu..aku start latih dia dari hari selasa hari tu.. kat taska semalam di abiskan 3 botol susu pam dan 1 botol similac...alhamdulillah dia serasi dgn susu tu...memalam lak dia jenis suka tidur je..aku kejut menyusu pun x nak tp aku paksa gak...dlm 3 jam sekali aku kejut dia dan nampaknya cam ok je nak susu..harap2 lepas ni leh la naik berat badan dia ni...risau aku.. hakimi lak, aku dah risau sebenarnya budak ni...ye la dah lama dok kat umah kan, takut taknak gi sekolah lak tp alhamdulillah masuk je terus lupa ummi ayah dia, sampai nak salam pun dah lupa..alahai..kerenah anak2...

susu formula

salam semua, hari ni aku nak cite lak apa jadi lepas aku cuba susu formula pada najmi semalam.. nak tau apa jadi? aku try dengan dumex yang aku ada beli masa dia dalam pantang yang aku cite aku xde susu aritu..aku try semalam memula 1.5oz pastu lak aku cuba bagi 3 oz kat dia...tau apa jadi? dia muntahkan balik 2oz yg baru dia minum pastu lak muntah semua susu yg dia minum pagi tu...abis semua susu dia...basah aku dengan muntah najmi..tak pernah2 dia muntah... pastu malam tadi perut dia pulak kembong...dah macam belon ko...ngeri aku tengok...merening je...Ya Allah..ini semua buat aku terfikir betul ke keputusan aku ni...? pastu pepagi ni aku cakap dengan shah nak tukar susu dia...kami try beli susu similac yg macam hakimi minum masa dia ada masalah dulu...aku bagi susu perah aku 3 0z pg tadi pastu lepas aku mengurut pelepas tadi aku bagi lagi 2 0z...pastu sedang elok shah balik aku lepas 1 jam aku bagi lak susu similic tu 60ml...habis je susu tu terus dia berak...alhamdulillah...serasi

aku redha...

27.7.2010 salam semua, hari ni merupakan tarikh keramat yg amat menyedihkan bg aku. Sebabnya? Hari ni aku start bg susu formula utk najmi. Sedih yg amat. Masa aku taip entry ni pun menitis air mata aku. Sory ek ter'emo' pulak. Tp aku mmg sedih sgt2 sbb aku harap sgt boleh susukn najmi sepenuhnya sampai 2 thn. Tp baru 2 bln aku dah tak mampu. Korang mesti nak tau kan apa sebabnya.  2 perkara ni yang buat aku ambik keputusan terpaksa bg susu formula jugak. Pertama ingat tak masa najmi masuk wad sebab demam aritu. Masa tu susu badan aku xde tp aku paksa anak aku hisap sampai dia demam. Aku cuma top up dgn susu formula sikit je. Kedua, berat bdn dia x naik2 dari lahir sampai sekarang. Dan darah pun tak cukup. Dan aku rasa sebab utama semua tu jadi pasal dia 'TAK CUKUP SUSU'. Satu hakikat yg aku tak sanggup terima. Malah sebabkan aku rasa sedih yg teramat sangat. Mesti ada antara korang yg akan kata perasaan aku je tu. Semua tu mungkin sbb perkara lain agaknya. Ye mungkin,

sesaje..

salam semua, waktu aku menulis ni jam dah kul 5.30 pg.. aku saje je menulis pepagi ni bukan apa...sebab pertama x leh tidur balik lepas pam susu tadi...kedua sebab anak2 tgh lena...kalau x susah giler nak dapat turn ngadap netbook ni...manjang je hakimi nak main game...tadi aku baru je lepas pam susu...aku pam lepas najmi menyusu kul 4 tadi...dia tidur punya la lena dari kul 11 mlm tadi sampai kul 3 lebih tadi aku kejut dia menyusu...kejap je x sampai sejam dah tidur balik...aiseh...tu yang aku pam tu.. ni nak cite pasal perkembangan anak2 aku skrg ni...najmi dah besor dah...dah 1 bln 3 minggu 2 hari kalau ikut umur kat atas tu la...dia dah semakin panjang...baru ni aku ukur dah 53cm dah...berat x tau lak...nanti je timbang kat klinik...dia dah leh diagah tau...dia leh senyum2 bila kita panggil2 nama dia masa dia baru je lepas pantang 45 hari...mata dia leh nampak pada jarak dekat pada 30 hari...abg long dia lagi awal tau 21 hari... sekarang ni najmi dah susah sikit nak tinggal sebab

dah abis dah..

salam semua, hari ni dah 47 hari najmi selamat dilahirkan...dan bermakna kami dah abis pantang 3 hari lepas..najmi makin hari makin comel.. tapi dah 4 hari dah aku leh nak pam susu..pasalnya..adik aku kawin ahad baru ni..pepaham je la keadaan umah kenduri...sebelum kenduri x de space nak pam..nak susukan anak pun susah...lepas kenduri lak busy nak kemaskan umah lak.. alamak..nak gi basuh baju anak jap ye.. hakimi lak nak susu.. k sambung balik.. tu baru anak 2 kan? hehe..camne kalau ada 4? aku cuma nak cite satu benda je...24hb jun haritu kan hari ulang tahun perkahwinan kami kan? shah ada bg aku hadiah...bukan yg grand2 sgt pun tapi aku sangat suka sebab dia bukan penah bagi hadiah pun masa ulangtahun perkahwinan..kalau hadiah birthday tu ada la... shah bagi aku jubah n handbag...cantik sangat...mekasih ye bang...ita hargai sesangat..gambar? aku upload nanti2 la ye..bila dah naik keja ke nanti...skrg ni sibuk tul dgn anak2..netbook ni lak asyik berebut dgn adik bungsu aku kat umah ni