salam sejahtera semua, hari ni dapat satu artikel yang best untuk menu anak-anak... lepas ni aku kena lebih rajin memasak.... boleh ke??? Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan sekurang-kurangnya dua atau lebih hidangan yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk memastikan bekalan zat besi dalam tubuhnya mencukupi. Akan tetapi, ramai ibu bapa masih samar tentang apakah makanan yang kaya zat besi. Bayi yang baru lahir biasanya mendapatkan zat besi sepenuhnya daripada susu ibu. Namun, setelah berusia di antara empat hingga enam bulan, bayi perlukan lebih banyak zat besi. Oleh itu, mereka perlu dapatkannya daripada makanan pejal yang diambil setiap hari. Jadi, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memberi anak-anak mereka makanan yang kaya dengan zat besi secukupnya. Antara makanan kaya zat besi ialah: Hati Daging merah tanpa lemak Makanan laut seperti tiram, salmon, udang dan tuna. Kekacang Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli Tauhu Ayam Kuning telur Buah-buah