Januari 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

mesyuarat ke pesta membeli ni?

assalamualaikum semua, hari ni aku berada di wisma belia kuantan sebab ada mesyuarat agong puspanita negeri pahang.. disebabkan pemimpin kami orang yang berjiwa berniaga dan kami pun menyokong sepenuhnya idea beliau nak mendapat duit saku puspanita jabatan kami...maka kami di sini bagi menjaga booth jualan kami.... kami jual apa tau? kami jual kurma, aprikot kering, jus delima, minyak zaitun, madu, cuka epal dan cuka kurma pun ada...kami jual murah-murah je pun...dari harga rm5 hingga rm35 eh ni nak gi mesyuarat agong ke apa ni? hihi... meh layan gambar pesta jualan sebelum masuk ke mesyuarat pagi tadi... nasib baik tak bawak duit banyak...banyaknya makanan sedap-sedap nak diborong...serbuk kunyit pun diorang ada jual ko.... p/s mesyuarat puspanita tapi ada gak lelaki menyelit sekali....apa daaa...bagi la can kat orang perempuan ni satu hari buat diorang...

otak saya dah letih..

assalamualaikum semua, semalam aku ada cerita pasal program abg long kat tadika kemas dia kan? jadinya semalam abis masa sepetang kat sekolah abg long...letih mengamankan anak-anak je sudahnya... masa ceramah tu aku cuma dapat satu je dari banyak perkara yang ustazah sampaikan... "kalau kita sayangkan nabi kita...kita mesti la ingat dengan sentiasa berselawat untuknya..." terima kasih ustazah atas ilmu yang disampaikan... maafkan saya kerana tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada ceramah yang disampaikan kerana terlalu sibuk dengan hal-hal duniawi... memang salah aku jugak...sebelum tu shah dah cakap tak payah bawak anak-anak yang lain tapi aku degil... hish...selalu ita melawan cakap abg kan bang...maaf ye bang... bukan apa...pada pandangan aku, anak-anak ni kita kena ajar dia berada dalam majlis ilmu macam ni...memula memang dia akan buat perangai...tapi dah lama-lama mungkin dah biasa dan jadi tak kisah nanti...in shaa Allah... tapi tajuk kat atas tu cerita l

Wordless Wednesday # 13

assalamualaikum semua, layan entry kurang perkataan ni dulu ye.... p/s nasib baik cuma 3 anak..kalau 10...? lenguh woooo nak bawak keluar masuk dlm mesin basuh ni...

memang macam tu eh?

assalamualaikum semua, ni aku tak tidur lagi...tengah layan cerita kat tv2 ni...ecece ita...ada njoi kan...tv2 dah terang jadi boleh la tengok drama Cikgu Saodah ni...eh ke cerita ni dah ulangan? kalau ulangan dan korang dah tengok...abaikan je la orang jakun ni...hihi... aku bukan nak cerita pasal drama ni sangat pun... tapi aku nak cakap pasal kedudukan pelajar perempuan dan pelajar lelaki kat dalam kelas... kalau dulu-dulu masa aku sekolah rendah...memang kami duduk campur-campur pun sebab cikgu kelaskan kami ikut ranking dalam kelas...aku selalu duduk kumpulan kedua dan ke atas..pasal aku bukan budak pandai pun dalam kelas... pernah terjadi pun dulu...ntah nasib baik apa ntah aku terduduk kumpulan pertama dalam kelas..tapi ada sekali cikgu tanya soalan..aku jawab...tapi sebab cikgu tu bersangka buruk dengan budak yang tak berapa nak pandai cam aku ni terus dia pukul tangan aku dengan pembaris... tapi aku tak kisah pun...betul! tak makan dalam pun la...cikgu yang pukul tu pun

Senja di Kuala Pahang

assalamualaikum semua, dah berapa hari tak bersiaran kan? dari hari jumaat sampai semalam... wah 4 hari tu... maaf la ye...aku balik kampung dan seperti biasa line internet tak ok langsung...bila nak publish je....dia start keluar publishing..... sampai esok bila bukak balik pun masih lagi publishing....menyampah.... sudahnya aku tutup terus... ada yang rindu ke bila tak ada entry selama 4 hari ni?...ahaksss...perasan kau cik ta.... hari ni baru naik kerja...banyak nak kena settlekan...pastu petang ni nak ke sekolah abg long pulak...ada perarakan sempena sambutan maulidur rasul... kena ambik adik-adik dia dulu...biar berarak dengan adik-adik dia sekali...mesti seronok... tapi yang rasanya tak berapa nak seronok bila tengok hari macam mendung semacam je ni... harapnya jangan la hujan...biar majlis berjalan lancar...amin.. aku tinggalkan korang dulu dengan gambar senja yang aku ambik semalam di Kuala Pahang...jangan ada yang nak komen gambar ni gelap eh...dah nama pun senja kan....l

yeay! njoi dah bernyawa!

assalamualaikum semua, ni aku sibuk nak kemas nak balik kampung benarnya ni.... tapi sempat lak sementara kemas-kemas ni kami try njoi kami ni kot-kot dah boleh la kan... nak dijadikan cerita shah dah call njoi hari khamis lepas kami daftar... yang jawab tu kata dia akan aktifkan dalam 48 jam atau 2 hari bekerja...jadi dia suruh tunggu sama ada hari isnin atau selasa la... sekali sampai selasa masih takde lagi... jadi shah pun call la semula... membazir je duit bil kan kena call banyak kali... pastu korang nak tau apa dia jawab? "abang cakap dengan siapa ye hari tu? sebab line abang ni tak diaktifkan lagi pun..." korang pun mesti marah bila dengar camtu kan? jadi shah marah ke tak korang rasa? maunya tak marah... shah bising la... tak pasal-pasal budak lelaki tu yang kena... shah kata : "mana la saya kenal siapa yang cakap...tapi perempuan la" jadi ini pengajaran kat korang semua ye...bila berurusan dengan sesiapa pun tanya nama terus...tak pun korang am

Burger Kukus Bakar

assalamualaikum semua, sorry la ye lambat nak cerita pasal burger kukus bakar ni... homemade burger kukus bakar   tadi tengahari gi ambik roadtax kereta kami yang "baru...... nak buruk" ni.... hihi.... lepas je ambik road tax ke mana kami hala tau? hahaha... ke showroom Proton kat Jalan Teluk Sisek nuuu haaa..... kenapa kami ke situ?.... haaa nak tukar kereta la tu kan? hihi bukan la.... jangan la cepat nooo cakap camtu.... kami cuma tinjau-tinjau kereta Exora Bold baru tu je.... kot-kot boleh masuk dalam list menanti kami nanti.... exora bold standard   sudahnya apa kesimpulan lepas tengok kereta tu? hmmmmm..... nanti-nanti la ye.... bagi hutang lama tu abis dulu... nak tolak kereta lama ni sayang benor rasanya.... banyak jasanya.... jadi nanti-nanti la dulu..... haaa... nak sambung pasal cerita burger kukus bakar ni.... dijadikan cerita kami tengok majalah 3 baru ni.... ada sesiapa yang tengok? ada cerita pasal burger kan? dari burger ba

Apa ada pada duit RM100 tu?

assalamualaikum semua, gambar hiasan -perbezaan duit palsu   sihat hari ni? dua tiga hari ni kecoh pasal budak-budak sekolah dapat duit RM100... yang lebih susahnya orang tua la.. kena beratur bagai nak dapatkan duit tu... tapi alhamdulillah itu la orang kata rezeki anak-anak... terima dan bersyukur dengan apa yang diterima selagi boleh.... aku bukan nak kecoh sebab aku tak dapat.... anak-anak pun kecik lagi.. takde yang sekolah pun... cuma aku dengar memacam rungutan pasal duit bantuan persekolahan bernilai RM100 tu... dari mak bapak yang dapat... semua senyum dan bersyukur sebab dapat..... tak kurang jugak ada suara-suara yang kata... "gaji dah banyak... ribu-ribu pun masih nak hadap ke duit RM100 tu...? bagi la kat orang lain yang lebih memerlukan...." errr... aku cuma nak tanya korang yang dapat atau cikgu-cikgu yang terlibat dengan pembahagian duit ni.... bukan duit ni semua pelajar dapat ke? jadi ada lagi ke istilah lebih memerlukan? ini cuma

Sabor je la kan....

assalamualaikum semua, korang dah makan semua? aku dah....malam ni kami makan burger kukus bakar....aku bagi gambar intro je boleh....hihi....saje bakar nafsu makan korang memalam ni....esok aku kasi cerita lebih ok.... tadi aku nak tengok tv cerita kat tv9 tu haaaa...segmen ratu setiap hari isnin dan selasa tu... aku dah kira macam peminat setia dah segmen ratu tu...dan sekarang ni tengah cerita Dalam Setiap Sujudmu eh...ke Sujudku ye?...hihi...tak ingat dah... peminat setia tak semestinya tegar ok ..kekadang missed jugak...kadang time episod akhir tu la aku selalu missed...tu yang menyampah follow cerita bersiri ni.... eh tapi aku bukan nak cite pasal drama tu je tau...ni nak cerita pasal drama kat rumah kami ni haaa.... teringat hari tu....masa aku ikut cerita bersiri Terlanjur Bercinta...aku beria-ia ni suruh shah alih tv9 sebab nak tengok cerita tu... gini la lebih kurang dialog aku dengan shah... aku : abg, mintak tolong alih tv9 bang...ada cerita terlanjur bercinta mala

Nak mintak tolong boleh?

assalamualaikum semua, semua sihat hari ni? aku, alhamdulillah masih sihat cuma hati tak berapa sedap je tengok hari gelap semacam je kat luar tu.... risau kalau hujan terus macam hari tu...akan jadi bah semula di kuantan ni... pelik kan sebut "bah"? biasa kita sebut banjir.... tapi korang tau tak sebenarnya banjir tu bahasa jawa dan bah itulah sebenarnya bahasa melayu yang sebenar....ini mak aku yang cakap la... pasal mak aku jawa kan? anak dia tak pandai cakap jawa dah pasal dah jadi PAN ASIA.... haaa...mesti dah ada yang cakap aku ni perasan pulak ni kan? tolong sikit ye.... Melayu + Jawa = bukan PAN ASIA (perkahwinan antara orang asia) ke tu? heeeee..... mesti ramai yang tak tau....lebih-lebih lagi generasi yang muda-muda belia lagi ni kan.... ok... tengok ni apa yang aku dapat dari kamus dewan tentang bah dan banjir ni... banjir 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah , air bah : kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir y

Kek Kukus Asam Manis yang sangat sedap ok....

assalamualaikum semua, dah makan tengahari ke belum? mesti ramai jawab sudah.... aku je yang belum makan... tekak tak berapa selera hari ni... ada masalah peribadi yang melanda... esok atau lusa aku akan ceritakan ye.... setakat ni biar dia jadi masalah peribadi dulu... ok... petang ni nak cerita pasal kek kukus yang sangat sedap ini... kek kukus asam manis   memula masa baca resepi di blog kak ita Masam Manis hari tu...aku dah mula telan air liur.... macam sedap je kek tu.... lebih lagi aku memang suka kalau kek yang dikukus...lembap dan tak kering macam kek yang dibakar... sebab tu aku selalu cuba buat kek yang kaedah memasaknya menggunakan kukus... walaupun pada sesetengah orang prosesnya agak leceh dan rumit.... tapi kek kukus asam manis ni sangat mudah penyediaannya...tambahan pulak kak ita bercerita tentang orang yang makan tu sampai sanggup mintak nak tapau bawak balik... wah...lagi bersemangat aku nak cuba buat... bila dah baca semua bahan-bahan... dan hah! g

mana lagi sedap? kat rumah ke luar?

assalamualaikum semua, bestnya cuti bila dapat bersantai-santai dengan keluarga di rumah kan..? aku mengaku memang best dan lebih best lagi bila dapat masak dan hidangkan makanan yang best-best jugak untuk suami dan anak-anak... dan lebih best lagi bila anak-anak dan suami puji serta ucap terima kasih...kalau tak puji pun cukup dengan tanda dia makan habis makanan tu serta request suruh buat lagi di lain masa...berbaloi-baloi isteri memasak kan? tapi aku nak mintak pendapat korang la...mana yang ok? makan di rumah ke atau makan di luar rumah...bukan luar rumah kat laman atau garaj korang tau tapi makan di kedai makan tu haaa... kalau pendapat aku yang tak pandai masak ni...rasanya makanan yang dimasak sendiri di rumah lebih baik...dari bahan memasak sampai ke cara penyediaan boleh dipastikan samada halal, bersih dan selamat... kalau kat luar? entah la...biasanya kita akan sebut...tawakkal je la... yang penting mencari yang halal tu fardu bagi orang islam...bukan aku yang cakap..

Masak lemak jantung pisang

assalamualaikum semua, apa khabar semua.. sihat hari ni...aku alhamdulillah terlebih sihat kalau hari cuti... hihi...sabor je la kan... cuaca di kuantan ni agak suram sebab hujan seperti yang diramalkan hingga hari ahad... eh aku nak tanya la sesiapa yang cerdik pandai...kalau kita percaya dengan ramalan sesuatu atau seseorang boleh jadi syirik kan...tapi kalau percaya ramalan cuaca sama ke ek? sesiapa yang tau leh komen ye... ni aku nak cerita makanan kami yang lepas-lepas sebenarnya... lauk-lauk kampung yang senang-senang je pun... yang jantung pisang tu aku beli 2 biji sebenarnya..aku celur dua-dua biji tu sekali...pastu aku makan satu buat ulam dengan sambal air asam.. satu lagi aku masak lemak cam dalam gambar kat bawah tu la... ada yang tak tau nak celur jantung pisang macamana? haaa...jangan korang buat macam korang celur mee je tau...harus lepas tu tak boleh nak makan... cara yang aku buat senang je...ambik periuk dan isikan air agak-agak cukup paras nak letak jantung

Astro Njoi....kami dah..anda bila lagi?

assalamualaikum semua, salam pagi jumaat... ni cerita hari semalam... disebabkan shah off semalam maka aku pun dengan rasminya ambik cuti jugak supaya kononnya bolehlah sama-sama berehat di rumah.... tapi plan kami terpaksa ditukar dari rehat-rehat kat rumah kepada buat semua urusan peribadi pulak... selepas je hantar abg long ke sekolah..kami pergi beli sarapan kat kg. kempadang..sedap nasi lemak, kuih bingka ubi dan kuih kole kacang makcik tu.... sedang kami membeli sarapan, datang pulak satu rombongan polis yang terdiri dari 3 orang lelaki...sibuk dia bertanya makcik kuih tu...kat mana nak beli kuih bingka.... aku tak pasti kuih bingka apa yang diorang tanya sebab aku kat dalam kereta masa tu...dan bila aku tanya kat shah pulak dia jawab...ntah...sabor je la kan..harap maklum ye...bersuamikan orang yang bukan blogger ni jiwa dia nak mengambil tau tu agak kurang...hihi... dan jiwa aku pun tak berminat nak ambik tau bila dia cakap... "ntah...serabut tengok makcik tu

Zoo Negara kami datang....

Zoo Negara kami datang.... assalamualaikum semua, aku suka gambar ni...   seminggu dua ni aku tengok banyak orang buat entry pasal .... aku datang.... pastu tengok blog orang lain pun... ada .... aku datang... tengok facebook pun sama... ada gak ..... aku datang.... ni mesti dah kena sawan Istanbul aku datang kan? aku tak pernah pergi istanbul tapi tengok cerita dia tu ada la... memang best ceritanya...enjoy la... FM Istanbul jadi disebabkan kena sawan aku datang ni jugak aku nak buat entry aku datang jugak la ye.... ada yang kata tak boleh ke? ngengada la tu.... aku nak cerita pasal kami gi Zoo Negara bulan lepas..... hahaha... ye korang tak tersalah baca ye.... bulan lepas... cerita dah basi ok.... tapi disebabkan aku tak pernah cerita lagi maka belum lagi dikategorikan sebagai basi ye.... al kisahnya kami balik dari Nilai hari tu terus teringin nak singgah zoo ni... plan last minit... malam dari nilai tu (ada cerita pasal nilai yang tak abis lagi, nanti-nanti