Februari 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

kuih dangai

assalamualaikum semua, internet tak ok kat opis ni...jadi hari ni bawak saluran internet sendiri dari rumah...slow tapi tak berapa steady... hihi... malam tadi shah kena ot...tapi disebabkan teringin nak merasa kuih dangai yang macam mak buat aku paksa gak dia pusing gi kedai runcit yang ada jual kelapa parut kat kg. peramu tanjung lumpur.... siap pesan kat shah..tak nak yang ada hitam dia ye bang... maka balik semalam terus je panaskan oven...sementara mandi bersolat semua...akhirnya kuih dangaiku siap... ada sesiapa tau kuih dangai ni asal dari mana sebenarnya? ada orang kata asal kuih ni dari Utara... tapi buat pengetahuan korang mak aku orang Jati negeri Johor dan memang tak pernah keluar kawasan.... jauh sekali pulak berinternet untuk google resepi kuih dangai ni... tapi mak aku memang dah tau buat sejak zaman aku kecik-kecik lagi dulu... sebab zaman kami kecik... duit tak berapa senang nak cari jadi mak akan buat kuih yang senang mengunakan bahan yang mudah kami dapat dan

Cabut bendera parti? Saya Sokong!

assalamualaikum semua, malam tadi aku ada terbaca tajuk berita di TV9... " Majlis Perbandaran Kuantan akan menurunkan bendera parti yang menganggu keselamatan awam" wah.... dalam banyak-banyak tajuk berita.... tajuk yang ni aku suka dan fokus.... kenapa tau? sebabnya kat kuantan ni dah macam perang bendera dah aku tengok... macam pilihanraya nak berlangsung esok je dah gayanya.... aku nak snap gambar tadi... tapi tak sempat pulak nak tayang kat korang... kalau petang karang sempat aku letak update kat sini ye.... sebelum diorang turunkan bendera tu la....hihi... sebenarnya isu bendera ni dah ada dekat seminggu lebih kot.... aku tak pasti pulak sejak bila diorang pasang... sebenarnya bukan isu sangat pun....cuma aku yang jadikan isu je.... kalau tak takde cerita nak cerita kat blog pulak kan? hihi... sebenarnya aku tak kisah kalau korang-korang yang nak pasang bendera tu letak tinggi-tinggi atas pokok ke atau kat atas tiang lampu tu haaa... tapi diletaknya bendera

Wordless Wednesday # 17

assalamualaikum semua, p/s minggu yg sangat sibuk..layan gambar je la ye...

kalau tak belajar pandai-pandai gi kerja kat ladang ayam tu!

assalamualaikum semua, pagi ni aku rasa agak emosi dengan entry dari ACIK ... acik cakap pasal orang hina orang yang kerja kilang.... sedih akak baca dik.... nak tau nape? sebab aku orang susah... cerita pasal aku orang susah tu belum sampai pun part ni lagi tapi aku nak cerita sikit-sikit la... mak aku kerja kilang pasal nak tolong abah besarkan kami adik beradik... aku sendiri pun kerja kilang sementara tunggu keputusan SPM untuk kumpul duit ke Universiti dulu... juga kerja kilang bila cuti semester untuk tampung perbelanjaan semester seterusnya... jadi sila jangan hina kerja kilang ni... pasal aku terasa sangat sedih ok... hasil usaha kami sekarang ni bermula dari kilang! tapi itu la... nak cakap banyak pasal orang yang hina kerja orang lain ni aku malas la.... dia tentu ada ego dia sendiri menyebabkan dia jadi macam tu.... jadi sila sucikan hati anda sebelum menulis status atau komen anda di mana-mana ok... peringatan untuk diri sendiri jugak! teringat satu kisah masa a

Wordless Wednesday # 16

assalamualaikum semua, jawapan bagi post yang INI dulu... Apam kukus   p/s tengah nak cari resepi talam ni... talam apa yang sedap dan mudah ye?

Akhirnya pembantu rumah tu kena penjara 20 tahun..setimpal ke?

assalamualaikum semua, sejak dari minggu lepas cerita pasal pembantu rumah yang lambung bayi berumur 4 bulan tu hangat di mana-mana... sampai hati aku pun hangat je tengok video tu.... tak terbayang anak yang masih kecil dan comel tu dibanting-banting macam tu je dengan pembantu rumah.... selalu kita dengar pembantu rumah nak majikan melayan mereka dengan baik tapi nampaknya kali ni Allah dah tunjuk... diorang yang tak layan anak majikan seperti manusia... huh! aku memang tak caya langsung dengan pembantu rumah... kat taska yang ramai-ramai pun masih ada kes dera...inikan pulak dia duduk sesorang dengan anak kita je kan? korang baca je la petikan BERNAMA kat bawah ni... Pembantu Rumah Dera Bayi Dipenjara Sejumlah 20 Tahun KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jum

rasanya nak projek apa ni?

assalamualaikum semua, dari kelmarin kuantan ni hujan dan suram je..hari ni ada panas sikit...dapat la keringkan baju.. semalam aku buat lempeng kelapa cicah kari ayam... makan masa hujan-hujan lawan dengan teh o panas...fuhhhh... tak payah cerita la ye...sila bayangkan sendiri...hahaha... hari ni ada projek lagi... rasa-rasa tengok gambar bawah ni apa aku nak buat? p/s payah betul bebudak ni nak tidur siang dah...alahai anak..ummi ni banyak noo plannya ni...

oooo...ini rupanya kisahnya....

assalamualaikum semua, semalam pagi masa perjalan ke tempat kerja kami ada dengar bunyi helikopter nak mendarat kat area padang MPK dekat dengan kuil... padang MPK berapa ye tu? aku pun tak ingat... banyak sangat padang MPK.. hihi... yang ni padang yang berhadapan dengan bangunan Telekom Kuantan tu... jadi sambil lalu tu aku ada ambil gambar.... nampak la jugak ambulan tengah menunggu kat bawah tu... aku jangkakan ada orang yang dalam helikopter tu yang nak dibawah ke hospital.... dalam hati terdetik jugak kenapa helikopter Maritim ye? ke ada kes di laut? helikopter maritim   nampak tak ambulan dah ready tu?   hari ni baca berita baru tau kisah sebenarnya... ada bayi berumur 1 bulan yang menghidapi sakit jantung dibawa dengan bantuan pasukan Maritim dari Pulau Tioman ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan... alhamdulillah urusan memindahkan bayi tu berjalan lancar... nak baca cerita lanjut boleh gi kat bawah ni... KUANTAN: The Malaysian Maritime Enforcement Agency

lagi-lagi kek coklat kukus lapis cream cheese..

assalamualaikum semua, ni nak tayang kek yang aku buat malam tadi ni.... nak gak merasa kek ni... ni gambar setelah dideko... hahaha... sila jangan gelak ok... deko yang senang je dah anak-anak tak sabar nak potong... kek coklat kukus lapis cream cheese   setelah 15 minit berlalu....   kek coklat kukus lapis cream cheese komen tentang kek ni..... SILA SELAK RESEPI DIA DAN BUAT CEPAT PASAL MEMANG SANGAT SEDAP!!!!  rasa dia macam ala-ala cheese chocolate kat secret recipe tu la.... walla... lepas ni dah tak yah beli secret recipe punya lagi dah.... tak rugi wooo mengukus dengan gigih.... total masa penyediaan dari bahan-bahan hingga siap kukus dalam masa 1 jam setengah sahaja ok! sangat cepat! resepi boleh tengok kat SINI ye... p/s hari ni bawak ke opis.... semua nak mintak resepi..hihi...see? i told u already...

tiket free... bila nak guna ni?

assalamualaikum semua, bulan lepas aku sebagai pelanggan Maxis dapat tiket free... ye la mungkin setelah dia tarik duit dari iklan mengarut yang ntah apa-apa tu... aku dapat iklan mengarut tau... aku belum cerita kan? iklan dari no 23268... dah la tetiba hantar sms yang cas RM1 satu sms... dah tu sms mengarut lak tu... boleh sms tu tulis dapatkan video gadis idaman anda dengan melayari.... apa ke halnya aku nak cari gadis idaman pulak kan? ada sesiapa tau nak buat macamana dengan orang yang mencabul hak asasi orang lain dengan cara ni dan guna mengaut keuntungan sekali ni? selain dari ke Maxis center dan off kan semua service dari nombor tu la...ada sesiapa tau? tolong komen ye..boleh pulak Maxis kata dia takde kena mengena dengan service tu... dah tu siapa yang provide service ni? tapi aku bukan nak ceritakan pasal kejadian yang memanaskan hati tu la sebenarnya... kes tu dah settle dengan staff kat service center tu hantar sms STOP ALL ke nombor 23268 tu semula... yang ak

kek coklat kukus lapis cream cheese

assalamualaikum semua, hari ni cerita pasal makanan pulak ye...hehehe...ambik mood...ambik mood.... sebenarnya aku nak kongsi resepi kek coklat kukus lapis cheese yang aku buat baru ni kat SINI untuk mak sedara shah tu... resepi dia aku ambik dari dapur cik mat gebu @ Dapur Tanpa Sempadan..terima kasih cik mat untuk resepi yang marvelas ni...mintak izin copy kat sini ye... segala benda ada atas meja aku tu...sila abaikan.. cuma fokuskan kat kek coklat kukus lapis cream cheese tu je ye...   Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese sumber : Dapur Tanpa Sempadan BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-) 2 biji telur gred A 1 cawan gula kastor 1 camca teh esen vanilla  Sedikit garam 1/2 cawan air panas mendidih 1/2 cawan susu cair/susu segar 1/2 cawan minyak jagung (aku ganti minyak masak pasal takde minyak jagung)  1 cawan tepung gandum* 3 camca besar serbuk koko* 1 camca teh soda bicarbonate* 1/2 camca teh baking powder*(*

Wordless Wednesday # 15

assalamualaikum semua, dilema betul nak berhentikan susu budak bulat ni... p/s mujur susu abg ngah yang dibekalkan tadi tak bersentuh...alhamdulillah...

Kuantan-Kota Bharu

assalamualaikum semua, lama cuti kan? seronok betul cuti lama-lama.... yang tak seronoknya bila nak baik kerja semua buat drama bila nak hantar ke taska... paling kesian adik husna la... dah sedap duduk lama kat rumah... bila hantar taska pagi tadi memula senyum simpul bila cikgu dia tegur... sekali aku letak je kat bawah.... terus waaaaaa.... siap menitik-nitik air mata lagi tu.... dan pagi tadi kami start bekalkan husna dengan susu abg ngah dia.... takut-takut susu ibu yang dibekalkan tak cukup... kesian adik...umur adik dah cukup 1 tahun 2 bulan pada 11 Februari baru ni.... rasanya dengan halangan yang ada aku dah tak mampu nak susukan adik hingga cukup umurnya 2 tahun... aku redha je sekarang ni... dan aku masih usahakan semampu mungkin...usaha, doa dan tawakkal je yang mampu aku buat... tapi kalau dah tersurat rezeki adik husna setakat ini... apa kan daya.... alhamdulillah... dapat menyusukannya selama ini pun dah cukup mengembirakan aku dan cukup untuk aku rasa nikmatnya ja

teka kek apa ni?

assalamualaikum semua, wah semua orang cuti lama eh? aku dengan shah cuti lama gak tapi...tak boleh balik kampung...mak sedara shah ada datang kuantan.. nak raikan hari jadi dia...minta kami adakan kek... jadi disebabkan aku memang suka masak maka...aku buat la kek ni... pastu sambut sambil makan ikan bakar kat Restoran Andaman tadi... jangan tanya aku apa-apa pasal makan kat situ..aku sempat jamah sikit je...segan ko...sampai makan pun tak kenyang... baliknya hah ambik...aku masak megi pulak dah... satu je aku hangin masa makan tadi dan seterusnya mematahkan selera aku terus...bini sepupu dia tu la... nak gelak..gelak je la tapi jangan la tampor-tampor laki aku pulak kan? aku macam dah...."eh...apasal lak minah ni?" shah aku tengok dah siap senget-senget badan mengelak...lagi dia nak ngendeng-ngendeng lagi...hangin tul aku tau...nak je aku menyelit kat tengah-tengah tu... tapi mintak maaf la bebanyak ye...hati aku yang masa tu dah dipengaruhi setan agaknya terus be

Wordless Wednesday # 14

assalamualaikum semua, hari ni meh layan gambar raja lelong di pasar wakaf che yeh semalam.. p/s jangan kata kami shopping sakan ye...beli toto pun x dapat kurang dah...nyampah...alasannya...raya cina ni takde stok barang...ceh...alasannnn...

lundang-kubang kerian-jalan bayam-wakaf che yeh-jalan bayam

assalamualaikum semua, takde entry lagi semalam kan? letih wooo... kami sampai di kota bharu dalam pukul 11.50 malam..pusing-pusing cari homestay yang ditempah...dan akhirnya jumpa...dan sangat tak selesa...terus kami check out tengahari tadi cari tempat lain.. dan akhirnya setelah penjelajahan dibuat di sekitar kb...kami dapat la hotel yang menepati syarat dengan harga yang masih dalam kemampuan... nanti senang-senang aku cerita la ye....ngantuknya mata ni... p/s sempat ke wakaf che yeh beli toto buat alas tidur bebudak berdua tu....senyum je dapat tidur kat toto baru...siap ada ayat..."terima kasih ummi"...

roti jala, kari ayam dan kek coklat

assalamualaikum semua, sempurnakan hari cuti anda dengan makanan best! hahaha....cantik kan ayat pembuka entry malam ni? (sila baca sambil bayangkan aku tengah angkat kening)...hehe... saja je nak bagi korang rasa terbakar sikit memalam ni... sebenarnya tadi aku rasa malas nak masak...ada lauk singgang ikan lolong baki semalam banyak lagi dan aku cuma tanak nasi je la...tapi tetiba pulak adik aku, andak whatsapp gambar roti jala yang dia tengah buat...cair terus air liur aku... kebetulan pulak adik husna tengah lena diulit intan...abg dia yang berdua tu pulak leka tengok cerita ahmad albab...aku apa lagi la kan....terus aktif kat dapur....terus bancuh-bancuh tepung... blender-blender tepung... pastu siap je terus menjala la apa lagi... kebetulan lak pulak ada kawan nak datang rumah kan...lagi bersemangat nak menjala..banyak gak aku buat...dalam 700gram tepung rasanya.. resepi aku senang je.. Resepi Roti Jala Mak Ita bahan-bahan tepung gandum 700 gram telur 2 biji

Gotong royong 1 Malaysia

assalamualaikum semua, pagi ni di mana-mana sedang heboh dengan projek gotong royong satu malaysia...atau dikenali sebagai My Beautiful Malaysia.. eh ye ke? kat kuantan ni pun ada tapi kat nuuuu haaa kat teluk cempedak... aku memilih untuk gotong royong kat rumah sendiri je la...aci kan? masih dalam malaysia gak apa... eh tetiba terfikir...ada program kat teluk cempedak atau orang tempatan panggil TC ni parking tetap kena bayar ke? kalau kena memang kesian la kan...harapnya tahun depan cari la tempat acara yang boleh dapat parking free ke kan... lagi mengamit ramai pengunjung rasanya... ok la aku nak mula gotong royong ni...banyak wooo nak settle...ada kawan nak mai rumah ni...best woo...ni tengah masak kek coklat lembap ni... sluurrrpppp..hihi... p/s sekarang tengah hujan dan mendung kat kuantan ni..ada yang tanya pasal njoi boleh berfungsi dalam hujan lebat...ok jawapan dia tak boleh ok...sama je macam semua perkhidmatan astro lain yang ada tu..

kuantan terbakar lagi!

assalamualaikum semua, tetiba je ada entry lewat malam lak kan? aku sebenarnya nak tidur tapi tak tak sedap hati pulak.. cerita dia gini...tadi kami keluar ke Giant beli barang sikit...pastu balik rumah dalam pukul 9 malam camtu la...sampai je kat taman kerang dekat masjid negeri tu shah lalu kejap kat parking dia tu..pastu ada la lalu sebuah motor dan sebuah lori bomba lalu terus menghala ke jalan teluk sisek... dalam hati aku dah berkata..'mungkin ada kecemasan' lepas tu shah pun cakap.. 'ada kes ni' kami terus jalan balik ke rumah...sampai kat lampu isyarat jalan teluk sisek kami berhenti sebab lampu merah.. lepas je lampu hijau kami jalan terus ke rumah...shah ada tanya gak nak singgah tunas manja beli pampers anak ke tak..aku kata ikut la...dan akhirnya shah buat keputusan nak balik sebab dia ada game futsal esok..nak tidur awal katanya... masa nak masuk simpang rumah kami aku suruh shah masuk ikut simpang kedua...sebabnya simpang pertama tu kena tempuh 2 b

korang perasan tak?

assalamualaikum semua, nak tanya korang ni..korang perasan tak ye.. siang sekarang ni macam makin panjang je aku rasa..sebabnya dah dua hari ni aku perhatikan kat kuantan ni hari cerah je walaupun dah pukul 7 malam.. bila tengok kat luar macam pukul 5 petang je lagi... memula aku ingat kat kuantan je yang macam tu...pasal kami duduk area laut kan...jadi awan payah nak nampak bila musim-musim angin kuat ni... tapi tiba-tiba along aku whatsapp gambar kat kl...eh macam lagi cerah dari kat kuantan ni..dah macam kat oversea la pulak kan ada siang panjang-panjang ni... kalau bulan puasa la camni...harus ramai yang kena 'gastrik'....hihi... apa pun aku gunakan masa siang yang panjang sebaik mungkin untuk anak-anak...masa malam untuk bapak anak pulak kan? eh? hihi... layan je la gambar kat bawah ni ye..yang dua gambar kat jalan tu kat kuantan...yang lagi satu gambar kat rumah flat polis tu kat kl.. p/s dah dapat homestay kat kota bahru..kat area kg lundang...jauh tak eh dengan

ada gaya tak?

assalamualaikum semua, nak tunjuk kat korang gambar ni... ada gaya promoter kedai runcit 1 malaysia tak? tak pun casher dia? hihi... p/s err hari ni bukan hari rabu tapi buat entry wordless aci tak? busy bebenor makcik hari ni...

wah..karnival karangkraf la pulak!

assalamualaikum semua, kejap je dah abis seminggu... sedar- sedar je dah masuk bulan 2 dah pun...laju je masa bergerak kan? hujung minggu yang dinanti dah tiba...apa plan korang hujung minggu ni? untuk aku...esok ada program kat sekolah tadika kemas abg long...ada mesyuarat sekali dengan seminar keibubapaan...kena pergi dan bawak bekal makanan kali ni...kalau tak harus tak dapat dengar apa-apa macam masa sambutan maulidurasul hari tu... korang yang belum ada plan boleh la pergi ke Karnival Karangkraf... butir-butirnya ada di bawah ni... pastu ini pulak untuk aktiviti hari ni... aktiviti hari esok ... aktiviti hari lusa pulak.... menarik kan? jadi kalau sempat boleh la pegi ke sana....aku? tentunya tak boleh sebab jauh tu....tambahan pulak hari isnin dah ke kelantan pulak.. p/s shah dah dapat cuti...jadi dia boleh ikut....yahooo...eh...alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kami lagi kali ni...syukur Allah...

BlackBerry 10 dah keluar!

assalamualaikum semua, wah... telefon best ni dah keluar.... kalau orang yang pernah pakai atau memang pengguna blackberry tegar mesti dah leleh air liur dah... (macam kata along aku).... tapi tak kurang jugak yang cuma pakai android phone murah macam aku ni.... mana tak nya.... dengan skrin sentuh macam android punya tu tapi masih pakai sistem blackberry.... maknanya dia tak akan tarik data BANYAK macam android sekarang ni.... 250 MB sebulan pun tak cukup kalau nak sentiasa hidupkan aplikasi email... kalau dengan Blackberry tak ada masalah camni.... diorang pening kepala pula data tak abis-abis... (ceh ini ayat andak aku la) dan telefon best macam blackberry 10 ni pulak dah keluar......atau dipanggil blackberry Z10 ayat aku satu je....... WAH!!!! meh layan gambar dia dan spesifikasi yang dia ada.... blackberry 10   ni spesifikasi dia... spesifikasi BB Z10  dan boleh layan video demo dia kat sini .. p/s haaaaa.... sapa yang hari tu ada kata nak

tolong...dalam dilema ni...

assalamualaikum semua, pagi ni aku bangun agak lewat sebab tak lena tidur semalam...budak bertiga tu semua kena selsema...mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak...masa kami balik kampung hari tu, kat kuantan ni tengah musim hujan...tapi bila balik johor pulak kena panas terik pulak... belum lagi ditambah dengan main sakan kat luar rumah bila balik kampung... kadang-kadang tengok anak-anak yang membesar di bandar macam anak kami ni... kalau tanya aku..aku akan kata macam takde kehidupan yang sihat langsung... kenapa aku kata macam tu? meh baca sama-sama rutin anak aku... ni abg long punya... pagi : ke sekolah sampai pukul 12 tengahari.. tengahari : shah ambik dan hantar ke pusat jagaan transit..makan tengahari..mandi dan tidur kat sini.. petang : belajar fardu ain pukul 5.30 petang kami akan ambik dia.. yang ni pulak rutin abg ngah dan adik husna.. pagi : hantar ke taska.. makan sarapan..susu dan tidur.. tengahari : tidur sampai pukul 2-3 petang.. bergantung dengan bud