Jun 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Final Piala FA 2013

assalamualaikum semua, semua orang tengah sibuk menghadap tv untuk tengok bola sepak FA akhir malam ni...perlawanan akhir piala FA 2013 eh ke 2012? entah aku tak tau sangat la...haha... team yang lawan tu Pasukan Red Warrior Kelantan dengan Pasukan Harimau Selatan Kelab JDT.. aku? anak beranak tgh layan tv IQ ni..hahaha...kami tak hantu bola dan tak ambik port pun sapa yang menang...walaupun aku orang johor tapi yang main ni kelab JDT kan? dan yang main pun ramai bukan orang johor pun...so tak semangat sangat la nak sokong pun.. tau-tau je kang ada kawan-kawan yang update siapa yang menang piala tu kang... tapi aku cuma harap satu je la kalau dah abis perlawanan tu nanti...harapnya janganlah ada penyokonh yang menang tu menulis dalam mana-mana media bahasa yang agak kurang sopan kepada pihak lawan..atau meletakkan status di mana-mana seperti mengejek atau memperkecilkan pihak yang satu lagi..walaupun yang korang sokong tu menang ataupun kalah.. bola sepak je pun...jangan sampai or

Aku menang!

assalamualaikum semua, dua tiga hari ni asyik dengar banyak berita... ada yang sedih dan ada yang gembira... berita sedih yang aku dengar adalah kemalangan yang melibatkan suami pada junior kami zaman sekolah dulu... 26/06/2013 4:27pm KUALA PILAH - Seorang doktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28.5 Jalan Seremban - Kuala Pilah di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Abd Aziz Sabran, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Klinik Kesihatan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai. Katanya, sampai dilokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Rang

Kursus Ilmu Keluarga

assalamualaikum semua, aku sekarang ni tengah berada dalam sesi ceramah Ustaz Abdullah Muhamad dalam kursus anjuran LPPKN .. aku pergi kursus ni dengan shah ni...shah kena paksa...hehe...kan bang? kami pergi ke kursus ni sebagai pengisian untuk sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 7 baru ni...semalam dah gi sambutan lain...nanti aku cerita di entry lain ya... ini salah satu cara kami untuk sambut anniversary kami kali ni..semoga dengan cara ni kami dapat perbaiki diri sebagai suami..isteri dan ibubapa yang lebih baik..inshaaAllah.. harap shah dapat bertahan sampai ke petang...amin... ini dia keluar kejap ambik abg long balik sekolah.. Ya Allah...permudahkan kami untuk memperolehi ilmumu hari ini...amin... p/s minggu depan dah kena tinggalkan family lagi...mana nak jadi keluarga sakinah ni...

Hujan Rahmat

assalamualaikum semua, hari ni aku cuti...tengah nak mandikan anak-anak... plan hari ni nak sambut ulang tahun kami dengan makan sesuatu yang berbeza dari biasa...inshaaAllah semoga dipermudahkan urusan kami... hari yang agak mengembirakan rasanya...pagi yang agak suram sebab mendung...dan akhirnya hujan turun di bumi Kuantan yang dilanda masalah jerebu sama dengan tempat-tempat lain di seluruh negara... alhamdulillah hujan di banyak tempat sejak semalam nampaknya mengurangkan banyak bacaan IPU yang agak tinggi di sesetengah tempat...termasuk kuantan... untuk bacaan IPU terkini sehingga 9 pagi 26 Jun 2013 boleh rujuk di www.nre.gov.my/Malay/Documents/IPU/Status%20IPU.pdf p/s dah dapat hadiah anniversary semalam...tq bang...tidur dalam senyum..hehehe...

Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 2013

assalamualaikum semua, makin sihat petang ni? kat kuantan ni jerebu makin kurang.... semalam dah beli eye mo regular yang warna hijau untuk letak kat mata anak-anak.. mata sendiri? hehe... tak yah la kot... tak rasa pedih dah ni... tak perasan pulak berapa harga dia... shah yang beli semalam.. aku duduk dalam kereta je dengan anak-anak.. malas la nak keluar.. bukan sebab jerebu pun cuma kalau dah keluar semua nak dibeli... huhuhu... tak memasal duit yang ada tak cukup pulak kang... hehehe.... masterchef selebriti musim ke 2 akhir  malam ni ada Final Masterchef Musim ke 2... harus tengok ke tak harus ni?.... aku bukan pengikut tegar pun sangat... memula dulu ye la... tapi dah lelama ni sebab dah tak ramai dan semakin serius aku macam rasa tak best sangat nak tengok.... tapi memang ada perubahan la semenjak tengok masterchef ni kan.... telur dadar biasa tu dah bertukar menjadi omelet orang putih kat rumah kami yang semua orangnya majoriti coklat-coklat je kulitnya ni haaa..

Indeks Pencemar Udara (IPU) Seluruh Negara Terkini 25 Jun 2013 dan Jerebu sehingga Ogos

assalamualaikum semua, IPU di sesetengah kawasan semakin baik berbanding semalam dan sesetengah kawasan mencatat bacaan yang makin teruk terutama di Perlabuhan Kelang... berhati-hati la semua... di Kuantan sekolah dah mula bukak hari ni... tapi bacaan dah menurun sedikit berbanding semalam... tapi gelapnya macam sama je macam semalam... tapi apa yang membimbangkan ialah laporan berita malam tadi ada mengatakan jika kebakaran hutan di Sumatera masih berlanjutan dan cuaca masih kering seperti sekarang tak mustahil kita akan menghadapi masalah jerebu ini selama 2 bulan lagi... iaitu sampai Ogos 2013 ni... maknanya raya dalam jerebu la kan..? ok ini bacaan lengkap dari sumber setakat 7 pagi ini...dan sumber di bawah setakat jam 8 pagi ini dan akan dikemaskini setiap jam.. NEGERI / STATE KAWASAN/AREA MASA/TIME 7:00AM MASA/TIME 11:00AM MASA/TIME 5:00PM Johor Kota Tinggi 62* # # Johor Larkin Lama 82* # # Johor Muar 165* # # Johor Pasir Gudang 68* # # Kedah Alor Setar 61* #

Indeks Pencemar Udara (IPU) seluruh negara dan gambar jerebu di Kuantan

assalamualaikum semua, Indeks pencemar udara atau IPU pada 24 Jun 2013 di seluruh negara setakat jam 11 pagi tadi... bacaan jam 5 petang belum dikeluarkan lagi... tapi nampaknya kuantan macam mendung nak hujan... alhamdulillah... sekitar jam 7.30 hingga jam 8.30 pagi tadi... STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013 SELURUH MALAYSIA (Sumber : AIR POLLUTANT INDEX MANAGEMENT SYSTEM) NEGERI / STATE KAWASAN/AREA MASA/TIME 7:00AM MASA/TIME 11:00AM MASA/TIME 5:00PM Johor Kota Tinggi 78* 74* # Johor Larkin Lama 111* 107* # Johor Muar 148* 132* # Johor Pasir Gudang 83* 75* # Kedah Alor Setar 63* 64* # Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 75* 77* # Kedah Langkawi 58* 57* # Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 108* 114* # Kelantan Tanah Merah 90* 93* # Melaka Bandaraya Melaka 182* 141* # Melaka Bukit Rambai 260* 170* # Negeri Sembilan Nilai 145* 149* # Negeri Sembilan Port Dickson 335* 292* # Negeri Sembilan Seremban 153* 169* # Pahang B

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7

assalamualaikum semua, hari ni 24hb Jun 2013 merupakan hari yang sangat istimewa untuk kami... 7 tahun yang lalu.... tanggal 24hb Jun 2006... 7 tahun yang lalu kami selamat diijabkabulkan... terasa macam kejap je masa yang berlalu....kan bang? dalam sibuk kita pejam celik... pejam celik... gaduh...gaduh... tetiba dah 7 tahun... hehe... semoga perjalanan hidup kita yang masih jauh ini diperlihara oleh Allah dari segala keburukan dan semoga kita sama-sama boleh menjalankan amanah yang digalas di bahu kita sebaik-baiknya.... dan semoga hidup kita yang ketika ini ditemani anak-anak yang sangat comel sentiasa berbahagia hingga ke syurga....amin... meh layan gambar kami masa dolu-dolu.... di hari pernikahan 24 Jun 2006   di hari persandingan 22 Julai 2006   ni pulak gambar masa kini..... gambar terbaru 30 Mei 2013 .... kejap je keluarga "berkembang" kan?   p/s ada sesiapa nak tambah komen? hehehe....

Indeks Pencemar Udara di Muar membimbangkan

assalamualaikum semua, aku bersiaran dari kampung johor hari ni...alhamdulillah kami selamat sampai di kluang jam 2 pagi tadi.. sebenarnya plan nak balik memang takde tapi bila aku telefon mak semalam dan mak kata rindu dengan suara anak-anak..terus shah buat keputusan segera nak balik malam tadi jugak..kami bertolak jam 9.30 malam tadi.. jerebu di johor dah semakin membimbangkan..kat rumah mak aku ni pun suasana kat luar menyeramkan kami..dengan bahangnya sebab lama dah tak hujan... sekarang di muar dah naik ke 453 bacaan pada jam 4 petang tadi..sayangnya web yang menjadi rujukan tak menunjukkan statistik semua daerah..terutama kluang yang kami duduk sekarang ni.. semoga kita semua dipelihara Allah dari apa jua yang tidak sihat..amin... rujukan dari sini.. mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453 mStar Online : Kualiti Udara Muar Sangat Berbahaya, Catat IPU 453 - http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/22/mstar_berita/20130622181654&sec=

Xpress Deal: 100-Piece Cake Decorating Kit

assalamualaikum semua, bagi peminat barangan hiasan untuk kek boleh jenguk sini untuk dapatkan barangan ni dengan harga istimewa... cuma RM28 je... Xpress Deal: 100-Piece Cake Decorating Kit p/s ada entry best nak masukkan tapi tak sempat nak buat juga....waaa...

Pengisian Hari Jumaat

assalamualaikum semua, pagi ni ada program ceramah di tempat kerja kami ni... Majlis Ilmu Penghayatan Ramadhan.. penceramahnya Ustaz Dr. Sihaebuddin bin Muhaiemin... secara jujurnya aku tak kenal ustaz ni sebelum ni walaupun beliau merupakan penceramah tetap di Radio Selangor FM.. tapi pengisian yang sangat bagus...diminta untuk berkongsikan tentang penghayatan ramadhan tapi dia bukan saja kongsikan mengenai bulan ramadhan tapi ada juga tentang solat dan bulan syaaban..alhamdulillah.. sesuatu yang dikongsikan yang mungkin dah ada yang tau atau mengejutkan... melalui bancian solat yang dibuat di Malaysia... 60% dari umat Islam Malaysia menunaikan solat 20% dari umat Islam yang tidak solat 15% dari umat Islam kadang-kadang solat 5% yang menunaikan solat berjemaah... semoga ini boleh dijadikan renungan untuk kita semua..inshaaAllah... ada dugaan blackout pulak kejap tadi...tabik dengan ustaz yang tetap meneruskan ceramah.. p/s duduk dengar ceramah tapi hati dah risau...officem

Indeks Pencemar Udara (IPU) seluruh negara

assalamualaikum semua, tak sempat nak karang cerita panjang ke PD aritu... cuma sempat nak update keadaan semasa negara setakat pagi tadi.... laporan mengikut yang dipaparkan dalam laman web Department or Environment Malaysia setakat 11 pagi tadi... setakat ni kawasan yang paling teruk adalah Muar.... tempat aku belajar dulu tu... untuk langkah berjaga-jaga sila rujuk entry INI .. rujukan dari SINI ... p/s susah hati bila tengok luar yang gelap semacam.....

Mesyuarat bermula!

assalamualaikum semua, selamat pagi dari port dickson...chewah.... kami ambik masa lebih 5 jam nak sampai PD ni dari Kuantan ikut jalan Muadzam Shah...pengsan... sampai-sampai je kena hadap meeting sampai pukul 11 malam...waduh...letihnya badan...aku tidur lena semalam...sedar-sedar je nak bangun gi toilet jam 3 pagi je...alhamdulillah..hilang penat satu badan bila tidur tilam empuk dari natural latex from Malaysia...ceh...hehehe...bukan aku yang cakap tapi hotel yang tulis tau...tak caya? nanti aku ambik gambar ye... ok...jom start meeting... p/s pusing2 hotel nampak pool cantik terus teringat anak3...waaaaaa.....

peneman sepanjang jalan

assalamualaikum semua, masih dalam perjalanan ke port dickson ni... ditemani buku kat bawah ni di sepanjang perjalanan... semoga perjalanan kami diselamatkan oleh Allah pergi dan pulang..amin... p/s ala topeng muka untuk jerebu tertinggal pulak..

Jerebu teruk di beberapa kawasan

assalamualaikum semua, gambar dari mstar online  2 hari duduk cuti dan duduk rumah tak perasan kat luar tengah berjerebu teruk... sedar-sedar pun bila shah bagitau semalam je... dan balik dari klinik semalam masa keluar kereta memang ada bau asap... ke asap orang kampung bakar sampah? eh? hehehe.... apa pun ini berita terkini tentang jerebu di seluruh negara... ini berita semalam... berita harian IPU melebihi paras tidak sihat KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam.  Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105).  Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumater