Julai 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Jawapan untuk wordless wednesday pagi tadi..

assalamualaikum semua, nak bagi jawapan kat entry teka teka kat wordless wednesday tadi pagi... Jawapan dia : Umang - umang yang duduk dalam kulit siput yang diwarnakan... comel kan? umang -umang berwarna (gambar pinjam dari sini)   untuk soalan boleh dimakan ke tak tu... rasanya tak pernah lagi dengar orang makan umang-umang cuma ada dengar orang guna sebagai umpan untuk memancing je la... yang ini... umang-umang dijual untuk peliharaan... setiap satunya dijual dengan harga RM5 dan dibekalkan dengan bekas kecil.. dan ada pilihan untuk 3 ekor RM15 bersekali dengan akuarium kecil... comel kan? bagus untuk jadi punca rezeki sebab budak-budak memang suka benda ni... kami pun payah nak gerak dari situ pasal semua terpikat dan ajak beli... tapi tentu tidak la... tak tau dia makan apa pun tau... macamana nak bela...? meh baca cerita lanjut kat sini.. UMANG-UMANG PUNCA REZEKI p/s harap misi dapatkan kasut raya anak-anak hari ni berjaya...ke mana pulak nak hala ni y

Kasut raya

assalamualaikum semua, ini cerita kisah malam tadi... lepas berbuka kami cadang nak beli baju raya untuk anak-anak.. baju melayu dan baju kurung  dah beli masa balik johor hari tu... ni nak beli baju buat berjalan pulak... walau tak berjalan ke mana pun.. untuk anak-anak mesti beli...cadangnya nak beli kasut jugak sekali... masa kami dalam kereta nak keluar rumah... abg long : ummi... semua kawan-kawan dah beli kasut raya.. saya nak beli jugak kasut raya... aku : ye la... ni kita nak keluar cari baju dengan kasut raya sekali la ni... abg long : ummi nak beli kasut raya saya ke? yeay! aku : ye la... kasut raya semua la... abg long : ummi, kasut raya tu macamana? aku : (errrkk... rupanya dia tak tau...hihihi...main sebut je) kasut raya tu kasut baru yang kita pakai buat raya la... abg long : oooo gitu... jadi moral of the story... tak semua yang keluar dari mulut anak anda tu perkara yang dia faham.... selalunya main sebut atau ikut-ikut orang je... tapi semalam tak sempat b

Wordless Wednesday # 33

assalamualaikum semua, cuba teka apa benda di bawah ni? cantik kan?   klu : terdapat di Pasar Malam Taman Tas (tempat lain aku tak pasti) p/s ada sesiapa yang duduk di Putrajaya atau bekerja di sana? nak pesan sesuatu dari koleksi Cik Ta .. meh la order.. aku berada di Putrajaya untuk meeting esok.. boleh angkut semua sekali.. tempahan dibuka sampai 5 petang ni je ye... lepas tu nak pulun buat order lak.. karang ada yang lelap lak dalam meeting.. hehehe...

hari ni last tau...

assalamualaikum semua, malam tadi aku berjaga untuk memenuhi order dari Koleksi Cik Ta... alhamdulillah ada jugak rezeki di bulan ramadhan...syukur... semalam dah selamat bersantai berbuka di Restoran Santai... nanti aku cerita balik ye.. mengantuk ni.. rasa kena lelap kejap.. ok sebelum pegi lelap... aku nak iklan sikit... meh undi gambar ni kat facebook... link dia ada kat gambar tu... klik je gambar tu ye.... ni ye.... tak pun boleh je klik sini dan terus LIKE... https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151629957020889&set=a.266194190888.140972.264017345888&type=1&theater HARI NI HARI TERAKHIR TAU .... jadi mari mengundi supaya harapan nak dapatkan pisau seramik yang best tu tidak menjadi harapan pelesu semata-mata... bagi yang dah mengundi terima kasih buat semua... p/s semalam ada ternampak kemalangan di RNR Gambang... teruk keretanya.. tak sangka pulak ada kait mengait dengan kawan aku... bukan keluarga kawan tu la cuma adik ipar kawan opi

Menu semalam

assalamualaikum semua, hari ni meeting di Temerloh..mengantuknya... semalam kami lalu bandar untuk hantar mak mertua aku balik ke rumah...alhamdulillah..jalan besar dah kembali kepada asal..lega banyak kami...langsung tak jem dah...cuma jem semalam sebab ada sekatan JPJ je di kedua-dua jalan.. sekejap je dah 20 Ramadhan kan..rasanya baru je dengar tilawah al quran kat tv... aku nak tunjuk menu semalam ni sebenarnya... layankan je la walau tak bape nak best ye.. p/s hari ni nak berbuka kat Restauran Santai..cuba berbuka kat luar..dah tempah sesiap tempat duduk yang boleh bersila.. doa majlis kami berjalan lancar ye..

Satu selesai dua lagi menunggu

assalamualaikum semua, satu misi dah selesai separuh..tinggal rebus meenya aje lagi... ada 2 lagi menu menunggu...harap sempat aku siapkan...tolong doakan urusan aku dimudahkan Allah ye... kenapa aku nak siapkan awal? petang kang shah dah ada boleh rebus mee spaghetti dan deko kek je...alhamdulillah kek tadi menjadi.. lepas asar harapnya dah boleh rilek-rilek dan duduk lipat kain... p/s memasak dengan anak-anak kecik memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..mujur ni tengah mood diorang baik je..

Hari yang sibuk bermula

assalamualaikum semua, sampai dah hari yang ditunggu-tunggu...tak sabar nak mulakan operasi memasak... alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk menyumbang sedikit kepada orang yang berpuasa... kalau tak ada aral melintang akan ada 5 keluarga kecil dan besar termasuk kami yang ikut sama..meriah la rumah ni nanti..berbunga rasa hati.. yang dijemput sebenarnya bukan orang lain tapi adik-beradik shah je pun..ditambah dengan seorang sepupu shah.. dalam adik beradik shah semua adalah perempuan dan shah adalah satu-satunya anak lelaki...ini bermakna aku sorang la menantu perempuan..dan selalunya jadi menantu hantu..hehehe... sebabnya kalau ada apa-apa majlis dibuat dia rumah mertua aku jadi tukang tengok je selalunya..tak pun balik baik tukang potong bawang..adik beradik dia semua menuras mak mertua aku yang pandai memasak...naik segan aku..pulak tu adik beradik aku ramai lelaki jadi kami macam tak biasa memasak ramai-ramai kat dapur (walaupun selalunya semua sibuk pun)... dan

Kuih Raya ke 4 dan penukaran jalan di Kuantan lagi?

assalamualaikum semua, korang sihat hari ni? harap semua sihat sejahtera hendaknya ya... semangat betul Cik Ta ni nak raya kan? hehe...bersemangat sebab adanya anak-anak...kalau tak...takdenya nak susah payah pun.. setengah orang cakap.. baik beli je...ya...memang kalau nak buat ni meletihkan kalau yang makannya seciput je..sangat tak berbaloi.. malam tadi kami keluar gi beli barang basah untuk majlis esok...cadangnya nak masak spaghetti bolognese mushroom yang dimelayukan..hehe... untuk nasi kami cadang nak hidang dengan lauk ikan masak masam manis..ikannya belum diputuskan.. tengah menimbang antara tilapia merah atau siakap... lauk lain pulak nak buat tomyam ayam campur sayur... hidang pulak dengan buah tembikai.. dan ada plan nak buat desert ni... kek vanilla krim berlapis buah segar... wah macam sempat kau cikta.. kalau tak sempat makan je la mana yang ada...ye tak? (sesilap aku hidang kurma dengan air je esok...hajat bukan main tinggi lagi tu...hikhikhik...) apapun doakan semo

Hasil projek bertukar!

assalamualaikum semua, tadi pagi aku tunjuk gambar kacang kan? cadangnya nak buat biskut cornflakes madu tapi lain pulak jadinya...hehehe... aku sudahnya simpan semula kacang tadi... buat biskut lain pulak.. aku buat biskut ala famous amos lagi tapi kali ni resepi lain pulak.. sumbangan seorang blogger..nanti aku dah hadap laptop boleh cerita panjang ok..ni kat telefon android murah ni susah sikit...terutama nak link-link bagai semua tu.. ok la...kita layan gambar je la dulu ye... kuih raya ke 3 ku... sila abaikan je nama putu kacang kat balang tu ye.. p/s kuih tart dah tinggal satu bekas je ni...waaa...macamana nak bawak balik 2 kampung ni..harap dapat buat lagi la sebelum raya..

Projek Di Hari Nuzul Quran

assalamualaikum semua, pagi aku dah update kan? pelik? janganlah pelik...aku ada kerja nak buat sementara anak-anak tidur lagi ni... harap sempat siap sebelum pukul 10 pagi.. semalam kami ada majlis berbuka puasa anjuran jabatan di Kompleks Dagangan Indera Mahkota...alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun aku cuma sampai waktu elok je nak azan...mujur sempat.. semalam MPK tukar laluan lagi...laluan di Jalan Gambut di hadapan Shell dan bangunan TNB Kuantan tu cuma boleh menghala ke bandar je dah...dah tak boleh nak cross ke Teluk Cempedak...parah untuk kami yang menghala ke Tanjung Lumpur dan Balok atau Beserah atau Padang Lalang yang lalu di jalan tu... sekurang-kurangnya yang nak ke laluan lain selain Tanjung Lumpur takpe la jugak..boleh ikut alternatif lain..Jalan Semambu ke..tapi kami ni..adoi... kenapa la MPK ni buat masa bulan puasa ni... Semalam je pun nyaris ramai nak accident..terutama motor yang tak dapat langsung nak mencelah kerana kereta terlalu rapat..masing-mas

Betul punya marah orang Kuantan ni..

assalamualaikum semua, hari ni facebook Kuantan tanya pendapat warga Kuantan setelah 4 hari laluan di Kuantan ditukar... meh kita tengok.... hehehe... betul punya marah orang Kuantan kan? aku pun sama tau.... tolong la Majlis Perbandaran Kuantan atau MPK dengarlah rintihan kami ni... p/s dengarnya diubah laluan ni sebab kedai-kedai kat area yang tak tertumpu tu susah nak laku... ye ke?

Tolonglah saya...

assalamualaikum semua, dah petang baru nak update... esok kuantan cuti sebab hari ni hari gaji... eh? ada kaitan ke? sebenarnya tak ada kaitan ok... esok Pahang cuti bersempena sambutan Nuzul Al-Quran.. alhamdulillah dapat bercuti 3 hari bersama anak-anak... harapnya dapat meluangkan masa sebaiknya bersama amanah Allah yang comel-comel semua tu... petang ni kita tutup dapur buat sementara... ada majlis berbuka puasa yang ditaja khas... Alhamdulillah rezeki... dan ini jugak bermakna pertama kalinya kami berbuka di luar hari ni... semoga dipermudahkan olehNya...amin.. sebenarnya aku nak mintak tolong dengan korang semua terutamanya pembaca setia blog Cerita Ita ni yang ada facebook tu haaa.... meh dengar Cik Ta nak cerita meh... korang ada baca entry aku yang ada banyak gila gambar tu kan? ala yang kat sini la Majlis Berbuka Yang Paling Meriah... aku buat entry tu khas untuk join Giveaway Ramadhan anjuran 1001resepi ni haaa.... dan... dan.... entry tu dah selamat dis

Imbuhan Khas Penjawat Awam - Bonus Raya 2013

assalamualaikum semua, terdengar berita gembira untuk penjawat awam tadi.. Imbuhan khas RM500 untuk semua penjawat awam dari Gred 1 hingga 54... dan RM250 untuk pesara kerajaan.... dan akan dibayar pada 31hb Julai 2013...alhamdulillah rezeki... diharap dapat digunakan sebaiknya untuk semua penjawat awam ye... maklumat lanjut meh tengok kat link kat bawah ni.. Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam | Astro Awani p/s hati teringin nak buat kek span lepas ternampak resepi senang tadi...tapi mataku...alahai...macam terbayang bantal melambai-lambai

Kehadiran ahli keluarga baru kami..

assalamualaikum semua, nak berkongsi berita gembira buat kami.... kalau semua orang sibuk tunjuk gambar Putera sulung Kate Middleton dan Putera William...aku nak sibuk jugak...sibuk tayang gambar puteri dan puteri comel kami ni... walaupun jantinanya masih belum dapat dikenalpasti... tapi yang pasti mereka comel.... di pagi hari kejadian di tempat kejadian... pagi tadi... siap ada teman yang setia menunggu tu....hehe... dan hasilnya.... 4 ekor anak PETO yang comel-comel.... PETO ni sebenarnya kucing liar yang datang tumpang kat opis kami dan kami bagi dia makan... dulu ada seekor kucing yang kami panggil PET...sangat manja.. dan sekarang orang lain dah bela kat rumah mereka... sekarang ni keluarga PETO dah bertambah... jadi sesiapa yang sudi boleh la ke makmal kami ye.... p/s yang putih hitam si penunggu tu pun tengah tunggu masa je tu...

Majlis Berbuka Yang Paling Meriah

assalamualaikum semua, hari ni dah hari Rabu.. 15 Ramadhan... sekejap je kan masa berlalu? dah separuh bulan pun umat Islam berpuasa... alhamdulillah... semoga iman kita makin kuat dengan kedatangan Ramadhan yang penuh rahmat ni... sepanjang 15 hari berpuasa ni kami selalunya banyak habiskan masa berbuka puasa di rumah... belum pernah lagi merasa makanan berbuka di luar... bukan keinginan tu tak ada tapi bila bilangan ahli keluarga bertambah dan ditambah dengan adanya anak-anak kecil yang selalunya buat kecoh di meja makan... niat nak makan kat luar tu terbatal macam tu je... lemah semangat... hehe... takpe la bagi anak-anak kecoh dan kecah kat rumah je cukup la... dan setakat 15 hari berpuasa ni kami dah berbuka beberapa kali dengan keluarga besar kami.... hari pertama ramadhan kami berpeluang balik ke rumah mertua di Pekan... berkejaran balik lepas kerja... alhamdulillah sempat sampai sebelum berbuka... cuma tak sempat nak bawak apa-apa pun juadah istimewa untuk keluarga... cum

Wordless Wednesday # 32

assalamualaikum semua, Telur Ular  ada sesiapa yang ada kepakaran? adakah ini memang telur Ular? p/s kerja banyak berlambak-lambak... mana nak buat dulu ni???

Resepi Lontong Goreng - Menu Bersahur

assalamualaikum semua, petang semalam ada kawan-kawan di group whats-apps cerita pasal lontong goreng.... lepas tu teringat pulak pernah belajar dengan akak kat opis ni cara-cara nak buat nasi impit atau orang johor panggil lontong yang mudah... jadi semalam nak buat percubaan la kononnya.... dan cadangannya nak buat lontong goreng sebagai menu berbuka kami petang ni... tapi akhirnya menu berbuka tu bertukar menjadi menu bersahur disebabkan ketidaksabaran aku.. hehehe... alhamdulillah atas rezeki kesihatan yang dikurniakan... masih lagi boleh memasak untuk keluarga... ok meh kita cerita pasal resepi lontong goreng ni... Lontong goreng   Lontong Goreng Versi Cerita Ita Bahan-bahan untuk lontong 1 pot beras 3 pot air 1-2 sudu besar minyak masak cara-cara 1. masak semua bahan dalam periuk nasi elektrik sehingga masak. 2. bila dah masak, masukkan nasi lembik yang masih panas ke dalam plastik. 3. ratakan plastik dengan kain 4. Biar sejuk dan bila sejuk nas