Ogos 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Selamat Tinggal Pulau Tioman

assalamualaikum semua, pagi ni kami dah bergerak balik ke kuantan semula... alhamdulillah..lega dah dapat balik..cerita lain disambung kemudian ye... baru lebih kurang 5 minit kami meninggalkan jeti Kg. Salang, doakan perjalanan pulang kami berjalan lancar dan dipermudahkan Allah ya.. p/s balik kang nak sambung mengemas..mak abah nak datang esok!

Trip Bekerja Ke Pulau Tioman

assalamualaikum semua, jam dah nak menghampiri 5 pagi ni...sejak terjaga jam 3 pagi tadi mata dah tak boleh nak lelap... jadi akhirnya menaip di blog... walaupun line broadband celcom ni cuma suam-suam kuku di sini.. alhamdulillah masih berpeluang menjawab komen semua pengunjung blog walaupun agak slow..(gila!) buat pengetahuan semua, aku sekarang ni dah selamat berada di Pulau Tioman.. tapi bukan untuk bercuti atau hanimuni ye... ada kerja di sini bersama group dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perhilitan... semoga Allah permudahkan usaha kami.. amin.. kami bertolak jam 7 pagi semalam dari rumah dan sampai di Jeti Mersing jam 10.30 pagi... boleh awal lagi sebenarnya tapi terserempak pulak dengan group Kembara Mahkota Johor di jalan menghala ke Mersing.. kena tahan di tepi jalan sementara rombongan lalu... kembara mahkota johor  sampai di Mersing kami singgah di Giant untuk beli makanan sikit... menyesal beli sikit ko.. makanan kat Pulau Tioman ni mahal sikit da

sedapnya minum petang dengan kek marble dan laksa

assalamualaikum semua, hari ni sedap bersantai di rumah tak pergi mana-mana.. penat semalam rasa tak hilang lagi...ditambah penat makan... hari aku tak masak apa-apapun selain lontong goreng tadi.. ni tadi aku belek-belek telur ada 3 biji je yang tinggal..nak buat kek marble resepi mak tapi telur tak cukup..terus buat keputusan buat separuh adunan je la..godeh-godeh dan jadi...alhamdulillah sedap macam mak punya jugak.. aku nak kongsi resepi tapi nanti la dulu ye...mata macam tak larat je ni...nak lelap kejap sebelum asar ni..dapat 5-10 minit pun jadi la... laksa penang kat bawah ni ihsan akak ipar semalam...adik ipar dia ni tinggal panaskan je... hehe..sangat mithali kan? p/s komen-komen korang mungkin tak boleh nak balas ye...guna henpon je pun ni...

sarapan pagi ni : Lontong goreng lagi

assalamualaikum semua, semalam petang membawak ke malam berjalan ke rumah terbuka...sampai pukul 12 malam baru sampai rumah... letih gila...aku rasa kami dah mengalahkan tuan rumah yang buat rumah terbuka tu kot... memula kami ke rumah kawin kawan opis aku..walaupun dah terlepas dari waktu yang dibenarkan tapi tuan rumah tetap melayan kami dengan sangat baik..terima kasih En Samsudin dan isteri..terima kasih jugak untuk lauk pauk yang super sedap tu.. lepas tu kami menuju ke rumah akak shah pulak..yang ni tak boleh pegi makan je kena tolong jugak sebab adik beradik..jadiknya kami dah rupa macam tuan rumah juga la..pukul 10 lebih baru boleh balik rumah..itu pun lepas majlis habis dalam pukul 10 malam.. balik tu singgah pulak kat rumah jiran selorong kat taman ni..makan lagi...alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. sibuk aku mengangkut nasi impit yang tak abis jugak dari rumah akak ipar aku semalam.... tu yang jadi menu sarapan kami pagi ni.. lontong goreng.. tapi boleh pulak elok je

Undangan rumah terbuka

assalamualaikum semua, wah...letihnya badan...baru kemas rumah separuh jalan tapi dah letih...mau tak letihnya ulang-ulang asyik buat benda yang sama je dari tadi..susun mainan..letih.. mesti ada yang cakap kalau siang ni biar je anak main pastu dia dah tidur kang baru susun kan? bukan tak boleh buat macam tu tapi sendiri yang tak berdaya rasa bila terpijak mainan tu..kalau yang flat je takpe la jugak paling teruk pun cuma dapat sakit...tapi kalau jenis yang ada roda tu...tak ke haru jadinya bila terpijak je terus jadi macam roller blade tu haaa....bahaya gila tau... aku pernah kena sekali masa mengandungkan abg ngah dulu..mujur dapat bertahan kat dinding kalau tak lagi awal abg ngah keluar... eh dah melalut..terbebel pasal lain pulak dah... hari ni banyak undangan nak dipenuhi...maaf kalau ada yang tak sempat nak dihadiri ye...dari tengahari membawak ke malam ni...tapi aku menunggu shah balik dulu..dah balik kang baru kami gerak ke rumah kenduri dulu..pastu ke rumah terbuka akak i

Drama pagi ini..

assalamualaikum semua, selamat pagi... ceria semua hari ni? al maklum dah sampai Jumaat tentu ramai yang ceria sebab esok dah bercuti... bagi yang masih bekerja esok takpe jangan sedih ok.. teruskan ceria juga... pagi ni walaupun ada drama menangis pepagi hari.....aku tetap rasa ceria nak pegi kerja... sebabnya pagi ni ada majlis sambutan hari raya di pejabat kami... menu simple je.. potluck.. jadi ikut la nak bawak apa pun... aku dah cerita semalam kan...aku punya aku buat roti jala.. tapi versi segitiga gak... aku try buat yang gulung tu tapi tetap fail.. jadi... buat yang senang je la.. segitiga... disajikan dengan kari ayam.... buat suami tersayang... terima kasih bang kerana menguruskan semuanya di saat isterimu menjala... sayang abang sangat-sangat... eh terjiwang la pulak... hehe... ok layan gambo ye... roti jala - ada yang mintak resepi.. hold dulu ye.. nanti aku tuliskan... kari ayam  pepagi ni ada drama dilakonkan oleh abg ngah sebagai watak utama...

Jamuan Hari Raya

assalamualaikum semua, tadi pagi kami dah selamat menjamu selera di Jamuan Hari Raya Puspanita Pahang... alhamdulillah.. semua makanan sedap belaka... meh layan gambar meh.... antara menu yang dihidang  jemputan yang hadir - semua glamer ko...  teka pinggan sapa ni? habis diet camni selalu..  gambar kat bawah ni... curi dari FB kawan opis yang hujung tu... hehe.. pinjam kena bayar kan Solihah? barisan artis glamer... hahaha baju raya tahun lepas tu...  sila abaikan pinggan bersusun tu ye... hahaha... malu makcik... manis tak senyuman i???  buat penganjur.... anda dah buat majlis terbaik untuk Puspanita negeri pahang setakat ni.. teruskan kerja yang bagus ni... buat katering pun... good job.... errr... cendol tu dari mana ye? sedap betul la.... rugi makan last... dan esok adalah jamuan hari raya kami di pejabat ni pulak... stail kami senang je.. semua bawak makanan berupa "periuk bertuah" atau "potluck" masing-masing dan akan d

Pinjaman kenderaan dipendekkan ke 7 tahun sahaja? betul ke tak?

assalamualaikum semua, sejak semalam semua orang sibuk heboh sana sini cerita pasal pinjaman kenderaan yang akan dipendekkan jangkamasa pinjamannya dari 9 tahun maksimum kepada hanya 7 tahun maksimum... heboh tau bila orang kata nak beli kereta baru kena bayar 20% downpayment dan maksimum tempoh pinjaman hanya 7 tahun... ada yang marah.. ada yang mengeluh... macam-macam reaksi la... aku pun macam dah terpedaya dah... ntah datang mana cerita tu agaknya... tersebar meluas di facebook... tadi aku balik rumah kejap masa tengahari... ada la peluang kejap dengar berita jam 1.30 petang tadi di RTM1 ... sohih...yang sebaran tempoh pinjaman diketatkan oleh Bank Negara Malaysia sehingga 7 tahun tu hanya khabar angin sahaja.... dikhabarkan di berita tadi bahawa... Bank Negara Malaysia  menafikan ada memberi pekeliling kepada bank tempatan mengenai tempoh pinjaman yang diketatkan kepada 7 tahun maksimum... Bank Negara Malaysia dilaporkan berkata tempoh pinjaman kenderaan masih

Wordless Wednesday # 36

assalamualaikum semua, p/s tak sempat lagi nak karang cerita raya kami...layan gambar je la ye....

Antara sebab anak nakal...

assalamualaikum semua, sihat semua? aku dalam mood kelam kabut lepas naik cuti raya... ditambah pulak dengan pelbagai program yang dijadualkan dibuat selepas raya ni... Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semuanya...amin.. tadi baru je lepas menghadiri jamuan raya satu bahagian kat opis ni... yang bahagian kami punya pulak inshaAllah dijadualkan pada Jumaat ni.. semoga dipermudahkan Allah hendakNya....amin... semalam ada terbaca tentang penawaran dari blog DenaiHati.com untuk menulis entri menarik berdasarkan entri yang ditulis beliau pada bulan Julai hingga Ogos 2013... ada satu entri yang memang menarik perhatian aku sejak dulu lagi... mengenai ROKOK ... dan entri yang ditulis oleh denaihati ialah Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal apa yang menarik dalam entri ini adalah video himpunan petikan ceramah ustaz-ustaz dalam membicarakan hukum merokok dalam Islam... aku dah terpandang video yang diupload oleh Denaihati pada 31 Julai 2013 di facebook beliau..

Roti Jala, Kari Ayam dan Marhaban

assalamualaikum semua, korang semua sihat hari ni? aku sekeluarga alhamdulillah sihat... kelmarin kami dah mulakan aktiviti beraya di johor ni..satu rumah je pun kami pegi di Kampung Rahmat di Kulai...dah nama beraya ke rumah sedara kan? tak sah kalau pegi sejam dua je..ingatkan nak singgah umah tuan Dapur Tanpa Sempadan...teringin nak rasa kek lapis yang nampaknya sangat best tu...tapi segan teramat la pulak... semalam ingatkan nak terus ke rumah yang lain tapi disebabkan nak marhaban di rumah mak ni jadi ditangguhkan dulu rancangan beraya... hari ni aktiviti diteruskan ke Segamat pulak...nak ke Felda Palong pulak..mak dah lama teringin nak pegi rumah mak sedara ni..tapi tak kesampaian je..jadi harapan hari ni kami dapat terjah..inshaAllah nak bergerak kejap lagi..doakan perjalanan pergi balik kami selamat ye... meh layan menu marhaban semalam... p/s susah betul bila line slow tapi ada rasa nak update blog...hmmmm...

Wordless Wednesday # 35

assalamualaikum semua, p/s belajar untuk bersyukur...alhamdulillah....

Projek biskut raya lagi?

assalamualaikum semua, aku baru je sampai rumah pagi tadi dari rumah mertua..alhamdulillah anak-anak seronok beraya di rumah mak tok dia... pagi ni sesampai je tadi aku terus berebut masak nasi..buat nasi lemak dengan sambal tumis..rezeki syawal.. ni tengah projek menambahkan kuih raya yang dah abis...ada tinggal 2 jenis je kat rumah ni..yang lain dah licin...aku agih-agihkan ke dua-dua rumah orang tua kami...selesai.. plannya kami akan balik johor malam ni tapi mungkin akan tunda ke esok pagi atau petang...tengok keadaan lagi macamana cuti shah...aku memang dah confirm cuti mula hari ni..orang dah balik aku baru mula nak cuti..hehe... doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan pergi dan balik ye.. ok jom sambung keja..lepas ni nak sambung kerja mendobi pulak ni...semput... p/s rasa macam nak buat kuih semperit la sebab aritu tak sempat...agak2 sempat tak ye?

Juadah @ Menu Popular Rumah Terbuka

assalamualaikum semua, dah masuk 6 Syawal tapi masih lagi tak putus dengan undangan rumah terbuka kan? rumah kami tahun 2013 ni tak dapat lagi nak adakan jamuan rumah terbuka untuk Aidilfitri..sebabnya 2 minggu pertama dah memang takde kat rumah dan 2 minggu terakhir dah sibuk bekerja semula..tapi walau kami tak buat rumah terbuka pun bagi sesiapa yang terasa nak sudi nak berkunjung..jemputlah datang ye...tetamu sentiasa diundang..cuma kalau nak datang eloklah beritahu lebih awal..boleh la disediakan dulu apa yang patut... ok meh kita cerita pasal menu yang selalu orang pilih dan tetamu habiskan licin pada majlis rumah terbuka... antaranya... 1. Sate... haaa..yang ni memang popular...sedap ke tak sedap ke tetap habis dulu kan? 2. Lemang ... yang ni bergantung jugak akan habis ke tidak...biasanya bergantung pada lauk yang dihidang sekali bersama lemang.. macam lauk hidangan kegemaran PM kita..rendang 3. Ketupat ..yang ni popular dimana-mana pun rasanya..tapi se

11 Ogos 2013 Cuti peristiwa untuk Kelantan dan Kenduri lemang

assalamualaikum semua, korang sihat semua pagi ni? dah masuk 4 Syawal 1434H dan dah ada yang mula bekerja pun hari ni di negeri-negeri tertentu... tapi ada yang masih tak tau hari ni diisytiharkan cuti peristiwa untuk hari raya aidilfitri di Kelantan? aku pun baru tau tadi..selepas baca suratkhabar online..maaf ye..bersiaran dari telefon ni..nak bagi link pun payah ni... semalam kami masih beraya sakan... akak ipar sibuk buat lemang dan aku sibuk makan..hahaha... malamnya pulak kami ke rumah pak sedara shah sampai ke tengah malam..ada rezeki durian dan dodol durian..alhamdulillah.. korang plan apa untuk hari ni? aku? plan yang betul heavy ni....membasuh baju.....tapi ampai dah tak muat...macamana tu??? p/s tekak dah mula tak sedap..payah nak telan...perut pun dah mula memulas-mulas...wah...simptom hariraya kah ini?

Resepi Asam Rebus Ikan

Resepi Asam Rebus Ikan assalamualaikum semua,  bila raya dah beberapa hari ni mula la rasa jemu je tengok juadah raya tu kan? mula la tekak ni macam nak makan yang simple-simple dan yang lain dari yang penuh rempah dan berlemak bagai tu kan? ok ni ada resepi simple dan memang paling mudah.. boleh main campak-campak je dan terus jadi... asam rebus ikan Resepi Asam Rebus Ikan Bahan-bahan ikan saiz sederhana dlm 3-4 ekor (ikut la ikan apa yg korang suka) a.bawang besar sebiji b.bawang putih 3 ulas c.lada kering 5 helai (gunting2 n rendam air panas) d.halia besar ibu jari bendi dlm 5-6 biji asam keping 3-4 keping garam secukup rasa air dlm seliter @ secukupnya..(kena agak2 dengan saiz ikan jugak) cara-cara 1. siang dan cuci ikan dan ketepikan. 2. kisar bahan a-d 3. masukkan air dan bahan kisar dlm periuk..tunggu mendidih..(kadang-kadang nak cepat aku tak tunggu pun lebur je semua sekali...) 4. masukkan ikan, bendi.. 5. masukkan garam, asam keping.. 6. rebus sampai bendi dan ika

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

assalamualaikumm semua, selamat hari raya buat semua.... masih mood raya lagi kan? kepada sesiapa yang dah bermula berpuasa..selamat berpuasa ye... nak kongsikan sesuatu yang aku dapat dari facebook...juga untuk peringatan supaya aku sendiri tak lupa... Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga. Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama. 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam ur

Salam 1 Syawal 1434H

assalamualaikum semua, harap semua bergembira bersama keluarga... jangan dilupa insan yang serba kekurangan walau di mana berada.. semoga aidilfitri ini merapatkan semula hubungan yang terpisah..dan kekalkan akhlak semasa di bulan ramadhan walaupun kita sudah berhari raya.. pada semua sudilah hadir ke rumah kami untuk berhari raya..insyaAllah kami akan layan anda semua seadanya.. p/s sempat semalam cari tudung ummi dan husna..cantik tak? ;)

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua

assalammualaikum semua, Selamat menyambut hari raya buat semua keluarga, sanak saudara, sahabat, kawan-kawan dan pembaca setia Cerita Ita... juga untuk semua pelanggan Koleksi Cik Ta... di kesempatan ni aku nak mintak maaf kalau ada salah silap pada semua terutama tersalah tulis entry yang akhirnya menimbulkan fitnah atau salah faham... harap dimaafkan ye... dan didoakan juga semoga kedatangan Aidilfitri ni akan membawa seribu makna pada semua... dan merapatkan mana-mana yang terpisah...insyaAllah.. berhati-hati juga semasa berada di mana-mana korang berada terutamanya di jalanraya yang sibuk di musim perayaan ni.. ingat orang yang tersayang ok... nak kongsikan juga adab-adab menyambut raya di dalam Islam... 3 dan 4 tu bukan sama ke? dan zakar fitrah paling lewat sebelum solat hari raya ok!   p/s line kat kampung mungkin tak berapa ok lepas ni..jadi entry lepas-lepas ni akan ada yang autopublish ok...

Nak balik kampung? isi borang Balik Kampung dulu jom..

assalamualaikum semua, dah ada yang nak gerak balik kampung ke? ke dah ada kat kampung? yang dah ada kat kampung tu tak payah baca ok.. ni untuk yang belum balik lagi... apa kata sesambil korang kemaskan baju dan beg korang tu... korang printkan borang kat SINI. . pastikan keluar macam di gambar bawah ni tau... pastu isi detail semua dan hantar ke Balai Polis yang berhampiran... tapi tadi aku ada terbaca jugak kat Facebook Polis Pahang boleh hantar kat sms DAPAT tu... tapi aku tak pasti la yang tu betul tulus ke tak ye... apa pun berhati-hati di jalan raya ok.. pandu cermat jiwa selamat (dah lama tak dengar ayat tu kan?) ayat yang selalu dengar sekarang ni... pandu dengan berhati-hati... elakkan disaman... adehhhh.... mana la nak betul tu.... p/s malam kang nak pulun memasak rendang.... atau bawak balik rumah mak je ek?...hmmmm....

Wordless Wednesday # 34

assalamualaikum semua, salam 29 ramadhan.... selamat bercuti pada yang bercuti dan selamat berkerja pada yang berkerja macam aku ni....waaa abaikan bantal yang tak berapa sedap dipandang tu ye..budak baju oren tu la punya..   p/s ketupat segera dan kari ayam dah siap masak pagi tadi...balik kang tinggal masak rendang daging pulak... nak kemas kuih-kuih dan kami balik beraya rumah mak...

Resepi Kuih Tart Bunga Comel

Assalamualaikum semua, nak buat entry pasal kuih raya dengan harapan feeling raya tu mari sama... entah kenapa aku rasa tahun ni macam tak terasa semangat nak beraya... bukan sebab aku kena beraya di rumah mertua ye... kalau ikutkan dah bape kali pun beraya di rumah mertua... tak jadi masalah pun... mana-mana pun tetap ada kemeriahan syawal tu... walau di rumah mak sendiri ataupun di rumah mertua... sebab mak mertua aku tak pernah anggap aku ni menantu dia pun.. sama je layanan macam anak sendiri... malah kadang-kadang aku rasa macam lebih lagi dari anak sendiri... cuma rasa sedikit terkilan mungkin sebab adik beradik shah belum tentu dapat berkumpul bersama semuanya... dan shah tentu lagi sedih... takpe la bang... kita cuba meriahkan rumah mak dengan keluarga kita dan adik beradik yang ada ok... tak mau sedih-sedih... malam tadi aku punya projek adalah membuat kuih Tart bunga yang comel setelah stok tart yang terdahulunya aku buat tu dah licin...waaaa.... Resepi ni sebenarn

ala... kemana menghilang ni?

assalamualaikum semua, semua orang sibuk bercerita.. keluarkan status dah sampai kampung halaman masing-masing... alhamdulillah masih berpeluang menyambut raya dengan keluarga yang tercinta... aku masih bekerja sehingga esok... dan esok kena bawak anak-anak sekali ke pejabat ni... pasal taska dah mula bercuti.... mencabar betul bunyinya kan? tapi aku memang dah takde pilihan... shah pun kena kerja... sebenarnya hati sedikit kecewa bila tengok semua orang sibuk update blog dengan CPUV Nuffnang yang berganda-ganda.... waaaaa... aku punya? dah selamat di"credit"kan... sedih sebab takde BE lain yang nak menjengah... ingatkan boleh kumpul duit raya lebih sikit.... p/s nanti jap lagi aku cerita biskut raya yang terpaksa diulang buat malam tadi....abis licin dah dalam balang... belum raya lagi... macamana tu?

Hadiah GA dari 1001resepi...kalau sudah tertulis rezeki untukku..

assalamualaikum semua, bunga mawar indah berseri, buat penghias di pagi aidilfitri, senyum manis tak putus ku beri, sebagai tanda diri terlalu menghargai. kalau dah memang tertulis ada rezekiku disitu... alhamdulillah akhirnya ada rezeki nak gunakan pisau seramik... yahooo... siap pantun bagai kau Cik Ta... hahaha... maunya tak...hati berbunga-bunga ni tau... dapat hadiah yang terlampau bestnya... terima kasih Kkida dari 1001resepi .... terima kasih bebanyak... terima kasih jugak pada kawan-kawan yang sudi mengundi LIKE pada gambar aku tu... sayang la kat korang... (jadi tak de la aku mengigau pasal tak dapat nak pegang pisau seramik tu kan... hahaha.. ) meh kita tengok apa hadiah yang aku dah menang ni... (saje je nak bagi korang jeles..hihihi...) sesampai je bungkusan besar ni... tak nyenyabor rasanya aku nak bukak tadi tau... korang patut tengok muka aku masa tu... kalau boleh lompat tentu dah masuk hospital pasal cedera parah... jom tengok pulak apa ada dalam d