September 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Nak balik dah..

assalamualaikum semua, nak balik dah ke kuantan semula hari ni.. inshaaAllah lepas maghrib kami gerak dari rumah mak dan abah ni... ni yang rasa malas bila nak balik kampung ni...malas betul bila nak balik semula..bestnya duduk kat kampung..hilang semua masalah rasanya...tenang je.. hari ni je kami tak berjalan mana pun..semalam keluar jugak kejap cari barang-barang buat biskut.. hari ni rilek je la..pukul 4.30 tadi baru siap goreng ayam berempah..saje je buat makan-makan.. ini pun tengah melayan adik husna makan buah kiwi.. asyik keja makan je anak dara ni..huhu..makan..tukar baju..makan lagi..tukar baju lagi..asyik gitu la ulang-ulang..sabor je la.. meh layan gambar ayam goreng berempah...pasni nak ajak husna golek-golek depan tv kat depan.. Ayam Goreng Berempah  p/s esok beli strawberry la...teringin nooo nak kek strawberry cheese tu..terasa2 kat tekak..

Misi tercapai!

assalamualaikum semua, hari jumaat hari tu aku kata misi nak meracun diri dengan mee racun hampir tak dapat kan? akhirnya pukul 4 lebih shah ajak aku bersiap pegi...alhamdulillah.. dan akhirnya misi meracun diri dengan mee racun terkenal di Batu Pahat tercapai jua... cerita penuh nanti aku cerita balik ye...kena ada gambar-gambar baru best... bukan setakat cerita mee racun je yang aku nak ceritakan...ada benda best lain lagi nak cerita ni.. sekarang ni nak tidur dulu...dah 2 malam tidur tak berapa tidur ni..abg ngah tak sihat..batuk dan demam selsema...ni malam ni adik husna pulak terjangkit..aduhai.. p/s tadi dah gi memborong barang untuk projek Cikta Chipnuts Kukiss..meh la tempah untuk raya haji ni..

Jadi ke tak 'meracun' ni?

assalamualaikum semua, aku tengah melepak dengan aman sambil surf internet nak tengok hari apa kedai mee racun batu pahat ni tutup.. sesiapa yang tau tolong bagitau ye...tak jumpa lagi orang yang bagitau ni.. kalau kat rumah mak aku rilek banyak betul tau...pagi tadi kami sampai pukul 2 pagi...dah tu sampai pukul 4 lebih tak boleh tidur sebab abg ngah demam panas dan muntah-muntah...letih gila kan dengar? tapi shah yang uruskan semua...kesian dia letih sangat dah...ni pun masih tidur ...kejap lagi kang aku nak kejut solat zuhur... jadi program nak meracun diri dengan mee racun ni macam kena tangguh dulu je ni...tak sanggup pulak nak request ni...tak sampai hati.. anak-anak pulak kalau kat kampung senang hati gila tau...bebas je diorang main kat mana-mana je...seronok pulak tengok.. p/s pada yang dah sudi menyinggah dan komen..inshaaAllah bila dah balik nanti aku balas ok..

Perasan tak?

assalamualaikum semua, korang sihat di hari Jumaat yang penuh barokah ni...? ni ...nak tanya korang sikit... perasan tak yang header aku tu dah bertukar? hahaha.... macam ceria sikit kan warnanya? terbukak sikit mata yang mengantuk tu kan? tapi terfikir la... macam tak comel pulak beso gedabak macam tu.... ada cadangan tak nak kecikkan sikit ek? apa pun terima kasih pada yang sudi beri pendapat hari tu ok... sangat-sangat dihargai.... header baru cerita ita p/s entry ni autopublish... payah beno nak naip entry kalau kat kampung... kalau ok aku update lagi ok...

Kluang... aku datang...

assalamualaikum semua, petang ni macam agak suram suasana di Kuantan ni tapi tak menjejaskan perasaan gumbira dalam hatiku ini.... wah.... feeling best sangat ni... kami nak balik kampung ni.... inshaaAllah...kalau takde aral melintang macam biasa kami akan gerak balik malam ni sebab esok cuti... bestnya... dapat 3 hari di kampung.... abg long pun dah sibuk-sibuk je tanya.... hari selasa lepas... abg long : bape hari lagi kita sekolah ummi? aku : ada lagi 3 hari masuk hari ni... abg long : lepas tu kita pegi mana? aku : kita balik kampung la jumpa atuk wan.. abg long : ye ke ummi? saya suka la... saya dah rindu atuk wan... aku : ye ke? bukan abg long rindu PSP pokde ke? abg long : mana ada la ummi....saya rindu nak balik rumah atuk wan... adik dengan abg ngah pun dah rindu jugak... aku : hmmm... ye la hujung minggu ni kita balik ye... abg long : yeay.... alahai anak.... tersentuh hati ummi tau... kalau dah besar esok..ingat tak nak balik jumpa ummi agak

Mana lebih elok?

assalamualaikum semua, banyak betul kontroversi sekarang ni tau... lagi lagi melibatkan artis.... sibuk dengan cerita filem Gangster 2 kena ciplak ... sedap noo ke cite tu sampai kena ciplak? aku ni Gangster 1 pun tak tengok...jadi memang blur bila orang cakap ada yang ciplak filem kedua anak Datuk Yusof Haslam ni... dengarkan je la... dengan tetiba ada pulak artis yang dituduh tunjuk anu dia kat bini orang .... adoiiii... korang ni betul takde keja kan? sakit jiwa tau... nak membesarkan anak-anak dalam keadaan pancaroba camni... dengan tetiba pulak KRU keluar filem baru apa nama dia tu? Vikingdom? huh... blur aku... terus blur... pulak tu tetiba je wujud Vikingdom menyebabkan kontroversi agama .... wah.. lagi terkejut kau... takpe la aku tengok tv je la kat rumah ye.... jadi bagi mengelakkan adanya kontroversi yang berlanjutan di Cerita Ita ni... maka aku nak mintak pendapat korang la dulu... sebelum kontroversi melanda karang kan?.... walaupun aku bukan artis... hehehe...

Wordless Wednesday # 41

assalamualaikum semua, gula naik harga ke?   p/s sabor je la kan.... nak naikkan harga toksah la cari alasan gitu... hmmmm... entahlah....

Resepi Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua, nak bagi resepi yang dijanjikan ok... memula yang senang dulu la ye... Agar-agar susu lapis milo Agar-agar susu lapis milo resepi oleh Cerita Ita Bahan-bahan 10 gram agar-agar (aku suka guna yang panjang2) 4 cawan air 4 sudu besar gula 2 cawan susu cair 4 sudu besar milo 1/2 cawan air panas Agar-agar susu lapis milo Cara-caranya 1. Masak agar-agar dan air di atas api sederhana sampai agar-agar cair. 2. Masukkan gula dan kacau sebati. 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati dan matikan api bila mula mendidih. 4. Dalam cawan air panas, masukkan milo dan kacau rata. 5. Buat dua bahagian dari agar-agar yang dimasak tadi. Satu bahagian dimasukkan milo yang telah dicairkan tadi. Elok diletakkan ke dalam periuk supaya boleh dicairkan semula apabila agar-agar mula membeku. 6. Letak bekas dalam loyang yang berisi air (untuk mempercepatkan agar-agar beku). 7. Tuang bahagian susu (putih) ke dalam bekas. Bila dah agak-agak keras di permu

Menu minum petang

assalamualaikum semua, melegakan kaki setelah mesyuarat setengah hari dan berlarian ke sana sini... meh buat kerja sambil minum petang pulak.... nak minum dengan apa? haaa..... selalu kita minum petang dengan kuih muih je kan? apa kata kali ni kita tukar pulak pada yang lebih banyak kekacang.... apa tu ye? haaa.... tarra.... CikTa ChipNuts Kukiss biskut buatan cik ta la... sekarang ni tak main dah minum petang dengan chipsmore bagai semua tu... masa tu dah lupus ok... ecece... berlagak pulak sejak boleh buat biskut sendiri ni... tapi amaran tau ni... kalau korang nak makan biskut koleksi cik ta ni kena makan dia je.. baru ngam... kalau nak lawankan dengan teh ke kopi ke... kena minum sambil makan biskut ni.. jangan sesekali cicah dalam air tu tau... kalau tak karang korang kena guna sudu pulak... tak pun straw je terus pasal cair dah... huhu... dari google  dari google kalau sesiapa yang berminat jangan lupa 'place your order' tau... meh cepat..

Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua, dah malam baru sempat nak jengah...malam semalam sampai pagi aku siapkan biskut...mata ni dah layu je sebenarnya tapi tak boleh tidur lagi..shah keluar mengeteh dengan kawan-kawan setaman ni... nak lelap karang dibuatnya anak-anak main bukan-bukan tak ke bahaya tu.. sambil melepak sambil mengajar abg long membaca ni...letih berebut dengan adik-adik dia lagi...memasing nak pegang buku sorang satu...dengan husna nak ngempeng lagi...wah..memang azab kalau dibayangkan keadaan aku masa ni..dengan tahan mata mengantuk lagi ni.. mana nak menaip blog lagi ni..huhuhu... tadi sebelum maghrib aku sempat cairkan agar-agar..teringin nak makan benda sejuk-sejuk..pastu tadi dah siap dah tadi..aku dah selamat masukkan dalam peti dah pun...resepi macam biasa..tengah bergolak ni tak sempat nak tulis..layan gambar je la ye... p/s makin azab bila abg long tengah baca buku 2 tetiba tukar jadi buku 8..eh..ni la padah anak ramai ita... takde elektrik dan line maxis buat hal seja

Daging masak ungkep dengan roti, Asam Pedas Ikan Pari dan Lempeng, Mandi pantai..

assalamualaikum semua, huhu...panjangnya tajuk.... nak memadamkan dengan lama aku hilang kan...? hari cuti kan...family time... semalam lepas shah balik kerja berebut kami pegi tunaikan janji nak bawak anak main kat petrosmart kat yayasan pahang.. boleh pulak ekon dekat bangunan yayasan pahang tu dalam penyelengaraan..panas gila..mujur kejap je kat situ...bukan ada orang pun cuma keluarga kami je pun..hehe..rasa macam pusat sains keluarga pulak tetiba... pastu kami jalan-jalan kejap kat luar bangunan tu..tengok-tengok kolam kat depan dia..tadi macam pusat sains kami kan? ni macam bangunan kami pulak..hehehe.. lepas tu boleh pulak masa dalam kereta nak balik rumah terfikir mandi pantai pun best jugak kan...apa lagi..balik rumah kejap...kemas apa yang patut dan terus ke pantai... anak-anak apa lagi...suka bukan kepalangnya...berebut memasing nak turun ke laut..sibuk bertanya boleh mandi ke tak... ye la walau pantai tak sampai pun 5 km dari rumah kami tapi perginya boleh dikira d

Membuat roti atau menguli roti atau meroti?

assalamualaikum semua, letih pulak rasa pepagi ni...macamana la orang boleh gigih buat roti agaknya...aku dulu-dulu rajin la...sekarang ni bila anak-anak dah mula pandai mintak itu ini rasa macam leceh pulak... sebab bila tangan dah pegang doh melekit tu mula la drama macam-macam...sudahnya doh dah terlampau naik...yis dah terlampau berbuih....macam-macam la lagi halangan... keputusannya aku kena beli breadmaker...lepas ni kena survey harga...eh? hehehe... cite roti ni aku sambung kemudian ye...tak best kat hp takleh nak edit gambo... p/s tghari ni nak masak cendawan + fishball goreng, peria goreng telur pedas dan goreng ikan pekasam kak anim.. alhamdulillah..

Ada projek baik punya...

assalamualaikum semua, korang dah tidur? aku belum...menemankan anak bujang sulung ni haaa...yang sibuk nak tengok cite X Men kat tv3.... aku layankan je la...sambil buat perbincangan projek besar punya ni...besar la konon..hihihi... ada la projeknya...nanti dah keluar hasil aku tunjuk ok... selamat malam pada yang nak beradu...shah dan anak-anak lain dah selamat pun ni haaa... p/s aku nak gi buat sesuatu untuk sambung projek meroti esok ni..tadi siap dah salin resepi dari jintanmanis.com...fuhhh...berangan punya la baik...tepung roti aku ada x ye? aiseh...

Sakit jiwa kan orang ni?

assalamualaikum semua, kelmarin ada janji nak post satu cerita pasal gambar WW #40 kan... terpaksa memungkiri janji ok... semalam tak boleh pulak sebab ada kursus grooming di HTAA...seronok.. nanti kita cerita panjang lagi ye... tapi nak cerita satu perkara menarik kelmarin ni... masa nak balik aku sempat sekodeng blogger.... pastu terpandang satu komen.... kat entry sini la Lirik Lagu Rozita dari Kumpulan Lantana alahai kesian kan orang ni..... sakit jiwa kot...ke takde orang buat lagu atas nama dia... hihihi.... sabo je la kan.... nak publish ke tak komen macam ni ye? p/s semalam dapat order lagi untuk produk baru Koleksi Cik Ta...alhamdulillah rezeki...nak tau apa produk baru tu... kejap aku update kat sana ye...

Wordless Wednesday # 40

assalamualaikum semua, rindu atuk wan...   p/s petang kang cerita penuh ok...

Rezeki dari Kedah..

assalamualaikum semua, diharap semua sihat hari ni ye.... kami sekeluarga alhamdulillah sihat semuanya... cuma adik husna ada sikit selsema tapi alhamdulillah masih tidur dengan lena... hujung minggu baru ni berakhir dengan suasana cukup ceria untuk kami semua.... malam tadi kami sempat singgah di Fun Fair untuk hiburan anak-anak... jadi la anak-anak merasa naik permainan yang ada di situ walaupun sekejap cuma... kami peruntukkan tak lebih RM20 untuk anak-anak...syukur anak-anak ceria...kecuali adik husna yang akhirnya mengamuk sebab tak puas main... kami abaikan je la... masuk kereta dan biar je dia menangis dan berhenti sendiri... tak mau ajar bila dia nangis kami layankan... biar dia tau masa yang betul untuk main dan berhenti... (tentunya berhenti bila kami dah abis duit peruntukkan..hehe...) meh tengok gambar anak-anak yang seronok... rupa macam nak tertidur pun ada princess ni...  permainan yang ketiga diorang ni naik..   petang ni aku dikejutkan pulak den

Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua

assalamualaikum semua, pagi ni kami menyambut hari malaysia di kampung shah...di Kg Bt 8 Lepar Banjir Pekan... semalam petang bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 7 lebih...lama tak kumpul adik-beradik...jadi sesaja je la nak berkumpul...bagi anak-anak kenal dan bermain dengan sepupu diorang... pagi ni akak ipar aku buat nasi dagang untuk sarapan...tapi ada bau nasi lemak aku semalam diorang panaskan kot...wangi je bau dari depan ni... mesti korang pelik...bau makanan dari dapur dan aku kat depan...hehe...aku baru lepas susukan husna tadi pastu tengah kemas tempat tidur pulak ni...ternampak hp..update blog dulu la...hehe... abg long dah bising ajak balik johor...sebab lama tak balik agaknya..bulan lepas tak balik sebab mak abah datang rumah kami sebelum sama-sama gi hantar adik ke UMK Jeli...eh aku belum cerita pasal tu kan? nanti aku ceritakan ok... ok...jom mengemas... layan gambar nasi lemak aku semalam je dulu ye...pepetang nanti ke aku tunjuk gambar nasi dagang tu..

Live dari Kuantan: Keputusan Final Pesta Bola Merdeka 2013

assalamualaikum semua, hari ni berlangsung perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka yang ke 41 di Stadium Darul Makmur... ramai yang datang menyaksikan kemenangan pasukan kebangsaan Malaysia yang digelar harimau muda menggondol kejuaraan buat kali yang 12... tahniah Pasukan Malaysia... Malaysia mengalahkan Myanmar dengan 2 jaringan berbalas 0 sehingga minit terakhir perlawanan...syabas.. aku cuma mampu tengok perlawanan secara langsung dari tv je la...dan memang akhirnya melaporkan kemenangan secara langsung dari kuantan pasal aku duduk kat kuantan kan? ;) hehe...jangan marah ya... apa pun terjadi kami tetap menyokong dari rumah...nak menonton di stadium pepaham je la...dengan cuaca yang selalunya hujan sekarang ni di kuantan dan dengan adanya anak kecik...rasanya tak bape sesuai untuk kami pegi..ditambah pulak dengan harga tiket..boleh buat makan seminggu tu.. tadi sebenarnya cadangan asal nak tengok perlawanan hoki di stadium hoki kuantan...tapi memandangkan hujan dah turun sejak pe

Bdaman? Argggghhh...menyampah betul la!

assalamualaikum semua, hari ni hari cuti... yeah masa bersama keluarga akhirnya tiba.... tapi kenapa aku kat depan laptop pulak ni...? hahaha... ini pun komitmen untuk keluarga apa...menambahkan pendapatan walaupun nuffnang seakan merajuk dengan blog Cerita Ita ni... ciput benor la iklan yang dapat sekarang ni... nak naik ke angka 20 sen pun payah... aduhai... tapi takpe aku bernuffnang sekadar sambilan.. (ye ke....?) yang penting nak tulis cerita kat blog pasal family untuk kenang-kenangan.... mana tau satu masa nanti abg long dah pandai berblog dan nak ber"blogwalking" ke blog ummi dia ke ni kan... mana tau... dialog budak sekolah akan datang : budak 1 : eh mak ko ada blog eh? budak 2 : mestilah... tak moden la kalau takde blog... budak 1 : wah... meh la bagi link blog... mana tau mak aku follower dia ke selama ni... ;) itu andaian aku je la kan....mana tau jadik betul-betul kang.... tapi aku bukan nak cerita pasal blog ni la....nak cerita pasal tajuk kat

PetroSmart Kuantan : Aktiviti Hujung Minggu

assalamualaikum semua, hujung minggu ni banyak betul aktiviti kat Kuantan ni tau.... macam minggu lepas jugak cuma bezanya minggu lepas kami tak keluar kemana-mana event yang ada di Kuantan ni pun sebab hujan yang lebat... tak sanggup rasanya memijak lumpur dengan anak-anak kecik semata-mata nak join mengemparkan diri di Pesta Gempak Astro dan tempat-tempat lain tu... minggu ni pulak event banyak kat dalam tempat tertutup.... macam malam esok ada perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013... Malaysia bertemu Myanmar.... Final Pesta Bola Merdeka 2013   tapi yang sedihnya berbayar ni payah sikit la kan nak pergi... elok tengok dari tv kat rumah je la.... kalau tak salah tiket dia untuk perlawanan biasa RM20 seorang...tapi perlawanan akhir ni tak tau la pulak berapa... ada gak lagi sukan yang tengah berlangsung sekarang ni... Perlawanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2013...yang ni aku tak pasti bila... tapi yang ini free... jadi boleh jugak kalau nak bawak anak-anak rasai sema

PERHATIAN : Menonton tv terlalu lama menyebabkan masalah kesuburan lelaki

assalamualaikum semua, masa rehat tadi aku dah sempat pegi ke kedai Barang Kita tadi untuk dapatkan barang untuk projek esok ni... projek juta-juta... hahaha... takde la juta-juta pun tapi angan-angan nak ler dapat juta-juta tu kan... doa-doakan ler ye... nanti aku cerita balik tentang projek ni ye... tapi akan ada udpate di Koleksi Cik Ta nanti la.... korang rasa dah nak terlelap je ke petang-petang ni? atau mood dah merundum pasal nak cuti 3 hari ni...? kalau ya ini ada berita penting nak kongsikan dengan semua...pasti korang akan terbukak mata punya la... terutama lelaki yang ada tabiat tengok tv lama-lama.... tak pun si isteri yang suaminya memang takde keja lain... asyik duduk hadap tv je tu.... meh baca meh.... London: Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh.  Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.  Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepa

Kereta abg long..

assalamualaikum semua, semalam aku ada letak gambar WW kereta perpel abg long kan? haaa...hari ni nak cerita sejarah kejadian kereta tu... apapun nak berterima kasih dengan kak Anim yang rajin komen kata kereta baru ayah dia... sebenarnya jauhhh lagi kak kami nak pakai kereta baru tu...hajat memang la ada tapi buat masa ni tinggal hajat je la...tumpukan pada yang jauh lebih penting... cerita dia pasal lukisan kereta abg long gini sebenarnya.... masa kejadian pertama : petang 10 September 2013 tempat kejadian : dalam kereta ketika shah jemput aku balik kerja saksi kejadian : semua family member kami ada belaka la... abg long : ummi nak tengok tak lukisan saya? aku : mana? abg long : ini lah..(sambil mengambil kertas lukisan celah tempat duduk hadapan) lukisan abg long dipegang oleh adik husna   aku : wah... abg long lukis kereta kaler perpel la... abg long : ye la...(sambil senyum-senyum) cuba ummi tengok... semua perpel kan? kereta perpel... lampu isyar

Wordless Wednesday # 39

assalamualaikum semua, lukisan abg long  p/s tak sempat entry panjang-panjang... lepas keja kang ye...

Puding Roti Marble projek malam ni..

assalamualaikum semua, disebabkan teringin setelah nampak kawan whatsapps kat group bebudak sekolah lama hari tu maka malam ni terjadi la projek baru lepas maghrib tadi... projek puding roti marble.. meh tengok resepi dia jom...aku tak ingat aku ambik kat mana ntah...maaf ye kalau resepi ni korang punya..sila komen tau kalau resepi ni korang punya atau sesiapa yang korang tau ok.. Resepi Puding Roti Marble Bahan-bahan 10 gram serbuk agar-agar (aku guna agar-agar panjang biasa tu) 3 1/2 cawan air (aku lebihkan 1/2 cawan pasal aku guna agar2 biasa..pernah buat ikut sukatan dulu..terkeras sikit) 4 keping roti putih (aku guna 3 keping pun dah ok) 1/2 cawan gula 1/2 cawan susu pekat manis 170 ml susu cair (lebih kurang 2/3 cawan) 2 sudu besar butter@marjerin (yang dah dicairkan) 2 biji telur 2 sudu besar serbuk koko Cara-cara 1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air dan gula. 2. Blend susu cair, susu pekat manis, roti, telur dan baki 1/2 cawan air. 3. Bila agar-agar d

Bra Simple Wishes membantu ibu yang menyusukan

assalamualaikum semua, hari ni belum ada update... takde idea..memula ingat nak cerita pasal anak-anak tapi teringat dalam bulan ni ada kena gi klinik untuk check up jadi cerita anak-anak tanggu lepas check up je la ye... hari tu aku ada terbaca masalah penyusuan kat kumpulan ibu menyusukan kat facebook... dan kebetulan ada satu cerita kat dalam blog yang dah lama aku drafkan tapi tak menyempat nak diceritakan pun... ada yang cerita pasal masalah susah nak pam sebab masalah selalu kena kerja luar kawasan.. untuk pengetahuan korang aku pun ada masalah yang sama... memang selalu bila terpaksa pegi untuk perjalanan yang jauh aku memang terpaksa pam dalam kereta... kalau naik kereta pejabat takkan asyik nak mintak orang stop tengah-tengah jalan je kan... jadi sebagai alternatifnya kena berada di tempat duduk belakang dan mempunyai alatan yang sesuai.. alatan yang sesuai maksud aku adalah pam susu yang boleh dibawa untuk bergerak kemana-mana.. terutama yang menggunakan bateri...

Petua dapat anak putih dan berlesung pipit dan amalan ketika mengandung

assalamualaikum semua, mulanya nak menulis tengahari je kan... banyak tugasan nak disiapkan... tapi... tetiba je terlintas keyword ni pepagi tadi.... keyword terhangat  Petua dapat anak putih dan berlesung pipit hehehe.... ada yang mengandung dan cari petua dapat anak putih dan berlesung pipit ke? alahai sayang.... sebenarnya.... kalau nak anak yang sihat dan sempurna tu bukan kehendak kita sorang je tau... semua orang nakkan anak yang dilahirkan tu comel dan sihat sempurna... tapi kita kan hanya mampu merancang.. Allah jua la yang menentukan... sama jugak kalau kita nak anak yang putih dan berlesung pipit... musykil jugak apa kelebihannya berbanding anak yang hitam dan tak ada lesung pipit? ada peribahasa melayu mengatakan.. (1) Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya. jadi hitam pun tetap ada manisnya kan? Terima zuriat seadanya walau apa

Selamat Hari Lahir Suamiku sayang..

assalamualaikum semua, abang, terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya selama lebih 8 tahun ini.. terima kasih kerana selalu ada bila diperlukan... terima kasih juga kerana sudi berkongsi ketika susah dan senang... terima kasih kerana tak pernah membangkitkan perbezaan umur yang ada antara kita... terima kasih kerana sudi melengkapkan setiap kekurangan... terima kasih abang... Selamat Hari Lahir yang Ke 31 abang.... semoga Allah tetapkan iman abang juga kami semua, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk membimbing kami sebaiknya...amin.. p/s maaf silap tulis 30 atas  blueberry buttercake tu ye bang...dari isterimu yang selalu pelupa... hehe.. selamat hari lahir yang ke 31 abang...  

Dah abis raya tapi masih main lagu raya?

assalamualaikum semua, pagi ni cuaca kuantan cerah sedikit berbanding semalam... hari ni kalau ikutkan banyak program nak buat tapi tengok keadaan dulu la macamana... semalam meriah dengan acara makan-makan di rumah akak ipar..anjuran lorong setaman diorang..memang tiap kali raya diorang ada buat majlis macam tu..bergotong royong buat persiapan...meriah sangat..panggil semua ahli keluarga orang selorong datang meriah sungguh la..sebab tu mereka kenal semua keluarga satu sama lain..amalan yang best dan bagus kan? ada bermacam hidangan..macam lemang, nasi impit, rendang, mee hoon, mee sup, sup tulang dan bermacam lagi.. tapi ada satu yang tak berapa best... err.. dah abis raya tapi masih pasang lagu raya untuk memeriahkan suasana...? yang tu memang sangat tak best ok... p/s hari ok ni...jom mendobi..

Baru siap 2...

assalamualaikum semua, plan nak berjalan ke pesta gempak astro bawak anak-anak berjalan terpaksa dibatalkan..ingat saja nak bawak diorang tengok maskot upin ipin... tapi disebabkan hari dah hujan di kuantan ni maka..program dibatalkan.. dan kek baru jadi 2... lagi dua atau satu malam kang la...lepas balik dari makan-makan kat rumah akak shah nanti..inshaAllah... sekarang ni tunggu asar sambil tunggu kek dalam oven... p/s macam terasa nak buat biskut chip nut macam raya aritu la...yang stok raya dah licin.. update...punya la lama tunggu publish sampai aku dah buat satu lagi blueberry cheese..dah dlm oven pun..nak tunggu maghrib je ni..

kek...ooo...kek...

assalamualaikum semua, pagi ni aku bangun dengan penuh bersemangat...cadangnya nak buat kek 3@4 biji untuk keperluan majlis dan jemputan majlis sepanjang 2 hari ni... aku cadang nak buat kek marble...dan satu kek special untuk birthday someone very special to me esok... hmmm...tgh berkira-kira lagi nak buat kek apa ni...rasanya macam nak belek buat indulgence tapi gelatin takde pulak...pastu terasa nak buat red velvet tapi jus lemon pulak takde untuk buat buttermilk... pastu nak buat choc creamcheese tapi macam tak rajin lak nak melapis sebab 2 orang budak kecik kat rumah ni tengah demam selsema... malam tadi pun shah teruk berjaga pasal anak-anak bergilir muntah...aku jaga dah hujung-hujung je masa husna muntah kali kedua... ini pun husna tengah sedap bergolek atas riba lepas aku susukan dari pukul 10.30 tadi... jadi ke tidak ntah kek aku ni ntah.... berangan ke langit...jadinya..hmmm entahlah... tapi kejayaan kena berangan dulu baru boleh capai kan? ecece...ita pandai la kau...

bezanya cuma 12 sen?

assalamualaikum semua, Intan dan berlian nampak indah di mata, Begitu juga dengan batu permata, Ini luahan rasa semata-mata, Tiada niat menyinggung sesiapa.   sila baca pantun budak baru belajar di atas..fahaminya... sebelum meneruskan pembacaan anda... SYUKUR sihat semua hari ni? tentu ramai yang senang bersenang hati sebab esok cuti kan? aku juga rasa macam tu tapi shah tetap kena kerja esok dan lusa...walaupun minyak baru naik 20 sen tapi memang dah rutin sebelum ni lagi pun shah cuma ada masa 2 kali sebulan hujung minggunya bersama kami... 2 kali lagi dia terpaksa bekerja mencari rezeki... alhamdulillah kami bersyukur dengan rezeki yang kami dapat walaupun tak semewah mana... syukur kami masih ada rumah untuk berteduh dan beramal ibadah... syukur jugak kami masih mempunyai kenderaan yang selesa untuk kami pergi kerja dan balik sekali sekala menjenguk ibu bapa... syukur jugak kami masih dikurniakan badan yang sihat sehingga ke hari ini... alhamdulillah... syukur... KENA