Disember 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Majlis Orientasi Abg Long

assalamualaikum semua, entry terakhir menjelang 2014... tentunya entri kenangan mengusik jiwa.... tapi bukan kenangan lama pun... kenangan baru je lepas semalam... kenangan yang tak mungkin dapat dilupa... kenangan tu ialah Kenangan Hantar Abg Long untuk Majlis Orientasi dia di Sekolah Kebangsaan Kempadang (SEKEM)... selepas ni rutin abg long dah bertukar... dari pagi ke Taska untuk transit sampai jam 11 pagi lebih dan selepas tu terus ke Sekolah Kebangsaan Kempadang dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang... dan untuk hari Isnin hingga Rabu, abg long akan ada kelas mengaji waktu malam dari jam 8 malam hingga 10 malam... semoga dipermudahkan urusan anak ummi sehari-hari...amin... meh kita layan gambar sepanjang hari semalam.... abg long yang semangat nak ke sekolah.. kelas abg long nanti...tapi nama guru kelas tu macam dah ditukar... mat hensem yang menumpang glamer tie abg... abg ngah... dugaan masa daftar... line kelas lain dah menguran

Musim beli buku

Assalamualaikum semua, minggu ni sibuk kat sana sini cerita pasal beli buku sekolah anak-anak... aku pun tak kurang jugak... al maklum abg long nak naik darjah 1 tahun depan... macam tak caya pun ada... kejap je anak dah besar... disebabkan tak sempat nak cerita panjang-panjang maka aku ringkaskan aje la ye.... pagi tadi berebut aku pegi sekolah sebab nak datang awal dan abiskan tugasan cepat... akhirnya alhamdulillah... cepat je semuanya selesai... meh kita tengok gambar ye... beratur dulu tengok buku yang menimbun dah siap susun.. senang kan? tinggal ambik je.. sekolah abg long kelas abg long nanti dalam kelas dalam kelas lagi p/s hari isnin ni ada ujian untuk pelajar tahun 1... tapi mak yang debor lebih ni... huhu...

50 Nama Anak Popular di Malaysia 2013

assalamualaikum semua, hari ahad lepas kami baru je cium bau baby.... wangi.... kalau dulu aku ada buat entri pasal nama anak popular pada tahun 2012 kat SINI ... hari ni kita cerita pulak pasal nama bayi yang popular di Malaysia tahun 2013 ni... 25 nama bayi lelaki popular Mohamed Adam Ahmad Zikri Rayyan Danish Haziq Aqil Umar Daniel Mikhail Ashraff Aryan Khalish Amar Irfan Yusuf Thaqif Aidan Iman Imran Farish Harris Amsyar Aish 25 nama bayi perempuan popular Nor Sophia Alicia Damia Zara Aishah Hannah Adelia Alya Irdina Puteri Sara Dhia Humaira Khadijah Rania Arissa Raihana Safiya Arianna Iman Keisha Nurin Izzara Siti sumber dari Sini :  http://www.babycenter.com.my/a25008071/malaysian-baby-names-2013?scid=my_en_bulletin_all_preschooler#ixzz2mIFBWEfv macam trend nama ni tak berubah sangat je tiap tahun kan? nama haziq dah popular semula la....haha... p/s masih ada lagi pengaruh drama yang kuat dalam pemberia

Sabar dan Maaf itu Indah...

assalamualaikum semua, seminggu dua ni aku didatangi berbagai cerita sedih dari kawan-kawan... kehilangan... kekecewaan... dan hati disakiti.... bagi yang tak pernah merasa mungkin dengan mudah akan mengungkapkan kata-kata... SABAR.... ya sebenarnya SABAR adalah perkara terbaik dan terindah jika kita boleh melakukannya... kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar... dan belajar memaafkan lebih baik.. kerana dengan memaafkan hati akan lebih tenang.. bersangka baik.. mungkin orang itu tak sengaja meluahkan sesuatu sehingga melukakan orang lain... pesan seorang ustaz dulu (tak ingat namanya... maaf ustaz..minta halalkan ilmunya)...berilah hadiah pada orang yang menyakitkan kita dan jangan  pernah putus berdoa untuknya.. aku juga pernah menyakitkan hati orang dan menyebabkan orang itu menangis walaupun bukan niat aku untuk menyakitkan hatinya... dan aku juga pernah rasa disakiti oleh insan yang aku percaya.... kalau dulu di masa solo... aku lebih suka berdend

Mental Age Test

assalamualaikum semua, hari ni dapat sesuatu dari kawan di facebook... ujian umur mengikut mental anda.... menarik kan? dan aku dah try buat.... keputusannya adalah....  Mental Age Test hahaha...mujur sama dengan umur sekarang ni...... eh tapi macam muda jugak la kan? sebab dalam beberapa hari lagi nak berganjak ke 35 tahun.... (kalau ikut bulan Islam dah cukup pun..4 Safar)... ada yang berminat nak cuba? meh gi kat MENTAL AGE TEST ... lepas tu komen korang dapat umur berapa yek? p/s terima kasih yang sudi singgah dan bagi komen.. tuan rumah tak sempat nak balas lagi... petang ni nak balik kg... doakan keselamatan kami ye...

Kalau aku kaya....

assalamualaikum semua, korang semua sihat? mesti semua orang dah dengar lagu kalau aku kaya ni kan?... hahaha...aku baru je dengar dan fahamkan apa lirik dia... meh kita sama-sama baca.... KALAU AKU KAYA aku salin dari SINI Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael Kalau aku kaya Kalau aku kaya [Altimet] Aku nak gaya hidup aku berubah Alangkah indah kalau dah tak susah Jadi pemilik bukan sewa rumah Makan tak habis minum tak sudah Bil api air semua bayar awal Tulis cek selamba tak risau batal Masuk dalam bank semua melopong Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0 Dan kalau aku mampu (jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya) Buat suka hati aku (Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau) [Awi Rafael] Kalau aku kaya Hari hari hari raya Bil-bil jiran keluarga Aku belanja selamba Kalau aku kaya Aku beli segalanya Bungkuskan semua Hadiahkan pada mama Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

Ku sangkakan panas hingga ke petang...

assalamualaikum semua, AMARAN : ENTRI INI BANYAK GAMBAR PASAL TUAN BLOG TAK SEMPAT TULIS. . hehe.. lamanya tak menulis... pagi ni sangat teruja tengok matahari dan awan yang sangat cantik di bumi Kuantan pada pagi 15 Safar ni.... tapi akhirnya...hujan turun jua pada petang yang sangat suram ni.. alhamdulillah.... p/s ada banyak yang nak ditulis.. tapi masih belum ada kesempatan...

Akhirnya adik Husna potong kek!

assalamualaikum semua, curi masa dengan anak-anak untuk update blog.. sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam.. semalam pagi aku berebut tunaikan janji pada diri sendiri nak buatkan kek yang besar sikit lepas kek yang buat sebelum ni... (sila selak post sebelum ni) tak berapa molek dan terlalu comel.. maka dengan gigihnya bangun awal pagi untuk buat kek adik...(dan abg-abg dia) dan akhirnya terjadilah kek berikut ni.... kek coklat kukus harilahir husna  kek coklat kukus harilahir husna  dan aku ada jugak buat kek yang comel-comel saiznya macam kat bawah ni... kek coklat kukus comel  konon yang comel panjang tu untuk makanan orang kat rumah tapi rasa tak sampai hati la pulak takut kat taska tak cukup je nanti.. sudahnya aku suruh je anak-anak bawak semuanya... maaf ye bang.. untuk kat rumah ita buat yang lain pulak ye bang.. dan aku siap pesan pulak kat cikgu dia... karang masa husna nak potong kek..mintak cikgu dia tolong ambikkan gambar dan hantar kat