Julai 2015 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Wordless Wednesday # 86 : Ganjaran berpuasa

assalamualaikum semua, apabila dijanjikan ganjaran rm2 untuk sehari berpuasa.. p/s teringat puasa zaman kecik-kecik dulu

Bila Zalora bagi Kad Raya...

assalamualaikum semua, masih sibuk beraya? saja nak tunjuk kad raya dari Zalora... korang rasa apa niat dia? hehehe.... kad raya zalora p/s menunggu giliran berhari  raya di kampung halaman bersama yang tersayang...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H

assalamualaikum semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H buat semua pembaca blog Cerita Ita...semoga amalan kita semua dalam bulan Ramadhan diterima oleh Allah..amin... Taqabbalallahu minna wa minkum Wa ja'alana minal 'aidil wal faizin Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan. p/s jaga keselamatan diri di mana sahaja korang berada...jugak keselamatan perut..hehehe...eh apa tengok2...serius wei..ramai yang kena sakit perut lepas raya...

Juadah Raya Kegemaran

assalamualaikum semua, semalam aku pulun buat juadah kegemaran yang biasanya cuma boleh makan sewaktu kami beraya di Johor sahaja... kebetulan cuti hujung minggu lepas sewaktu kami balik ambik stok kerepek untuk jualan, dah ada ternampak orang menjual daun kelapa...hati tertarik nak beli.. berangan nak menganyam ketupat dan buat lepat pulut jugak... dah beberapa tahun raya di sini sepanjang usia perkahwinan 9 tahun aku cuba cari orang menjual daun kelapa untuk buat ketupat tapi memang tak pernah berjumpa... walau kami cari sampai ke pasar sekali pun...ye la mungkin juadah kebesaran di sekitan pahang ni kebanyakannya lemang dan ketupat palas... jadi kesempatan bila balik johor minggu lepas aku ambik untuk beli daun kelapa...sampai 2 ikat aku beli ko...hahaha... padahal buatnya seikat pun tak abis.. tamak... satu ikat dalam 50-60 helai RM3.. boleh la kan? dari aku tanya satu tempat tu RM6 untuk 50 helai.. huhuhu... senyum je la kata tak jadi... memula aku punya aktiviti ialah men

Raya dah ke?

Assalamualaikum semua, korang dah buat persiapan raya ke? aku?............................................. nampak banyak dot kat situ...? ok...ketupat belum siap anyam....baru dapat 12 biji...hah? kuih raya satu pun tak sempat buat...badam je sempat bakar konon-konon nak buat almond london...hah? baju anak-anak tak abis ubahsuai lagi.... baru ukur-ukur...hah? rumah tak siap kemas lagi... baru siap pasang almari pasang siap..hah? ok kesimpulannya semua belum selesai dan aku masih kerja sampai hari khamis.... hah? ok...stress!!! p/s selamat hari raya buat semua ok...jangan stress aku jangkit kat korang sudah...

Wordless Wednesday # 85 : Kasut Raya

assalamualaikum semua, perasan tak ada kasut raya terselit di situ? huhuhu.... p/s ramai yang dah balik raya ye? hati2 semoga selamat sampai ke destinasi..

Wordless Wednesday # 84 : Dugaan Ramadhan

assalamualaikum semua, kes langgar lari... p/s ramadhan makin ke penghujung.. hati berdebar2....

Kesian Rakyat Greece...bila wang tiada nilai...

assalamualaikum semua, aku tersentuh bila dengan berita dua tiga hari ni... cerita tentang Greece yang hampir muflis... atau dah memang muflis pun... paling kritikal menteri kewangannya dah letak jawatan... apa akan jadi seterusnya... aku nak kongsikan link ini... aku copy paste jugak ayat yang aku tulis di facebook... ditulis pada 3 tahun lepas dengan agak menarik untuk dibaca...tapi sayang aku cuma hanya mampu baca setelah Greece benar-benar muflis.. ada satu ayat yang terkesan sangat bila membacanya.... "Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945." apakah sejarah akan berulang dan berakhirnya lagi dengan perang dunia? sila baca dari link ini... Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya? baca dan renungkan ok.... p/s raya dah dekat...masjid makin sunyi...

persediaan raya korang dah siap ke?

assalamualaikum semua, dah lamanya tak menulis... bulan puasa ni aku rasa tahap tenaga aku dah makin menurun la... kalau balik rumah kelam kelibut masak pastu bila lepas maghrib je mata dah layu dah...lagi la bila hadi ajak golek-golek...habis terus...padam... cuma seminggu ni agak berubah sikit jadual... kalut lak tu tetiba ada la kawan yang tempah cookies CikTa yang special tu lagi...hohoho...mau pengsan woo... dah la macam tak nampak satu pun bayang kuih raya aku tahun ni... huhuhu...caner tu? agak-agak pengsan tak tengok kuih ni? Cik Ta Cookies  hahaha... jangan nak ngengada order ok...order dibuka separuh tingkap je pun tuan oven dah rasa tak larat dah ni... untuk baju kami dah beli baju melayu dan baju kurung sesiap dengan pembekal tegar kami Azizah Butik kat Kluang.... haha tegar lagi tu... mau taknya... rasanya tiap tahun memang aku borong dengan dia je la... senang... semua warna ada... saiz aku pun ada..huhu.. ini yang penting... akak tokey pun dah tau da