Mei 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Ujian Program Permata Pintar UKM .... dah tarikh tutup!

assalamualaikum semua, semalam dah 30 Mei 2016 dah pun... baru teringat nak suruh abg long jawab soalan untuk Program Permata Pintar UKM tu... aku dah lama sesiap simpan link dia dalam chrome dalam telefon ni haaa.... permata pintar UKM pastu konon tunggu dia abis periksa aritu baru nak suruh buat... pastu tunggu punya tunggu sampai la abis kenduri baru boleh suruh dia cuba jawab... tapi semalam setelah suruh dia jawab baru aku tau... susah la wei... soalan dia tu banyak dalam bentuk menguji IQ tau... contohnya macam pilih kotak yang mana sesuai diisi dalam kotak kosong gitu... haa... ambik la... susah woo... aku pun terkulat-kulat tengok soalan... nampak kan anak-anak... sebenarnya IQ ummi korang ni cuma so-so je tau... kalau tak dah lama dah ummi mintak diorang kat tv tu buat rancangan Clever Mom untuk gantikan Clever Girl tau... walau hakikatnya memang la selalunya ummi ni la yang selalu jadi pak nujum yang pastinya dapat menjawab soalan bombastik dari anak-anak

10 Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan

assalamualaikum semua, dah tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan dah ye... macam sekejap betul masa berlalu sekarang ni... mujur jugak dah abis ganti puasa tahun lepas...  dan sebagai ibu yang menyusukan anak biasanya bulan Ramadhan merupakan saat yang sangat mendebarkan dan agak mencemaskan jugak... terutama bila yang selalu mengalami masalah yang sering terjadi pada ibu menyusukan seperti puting luka dan masalah-masalah lain...  dulu pun aku pernah jugak kongsikan doa dan petua untuk ibu menyusu ni mengekalkan penyusuan di bulan Ramadhan...serta 9 Tips Penyusuan di bulan Ramadhan ... kali ni  aku nak kongsikan pulak tips yang lain ni semoga dapat membantu semua ibu yang menyusu macam aku...terutama bila mengenangkan khasiat susu ibu ni kan ? insyaAllah... Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah. 1. Cukup rehat Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba

Penagih dadah "dilahir" setiap jam di Malaysia

assalamualaikum semua,  dah 2 hari aku berada di luar kawasan dari kuantan... rindu dengan semua yang berada di sana... terlebih rindu dengan anak-anak... dan suami jugak... hehe...  tadi terbaca suratkhabar menunggu di ruangan lobi hotel... ada berita yang agak mengejutkan dan menakutkan aku terbaca... merisaukan pun ada... cerita pasal penagih dadah... hmmm... sedih nak ulas tapi ini la hakikat... penagih dadah bertambah seorang dalam sejam... Ye sejam tau bukan sehari... jika begitu bayangkan dalam setahun... 2 tahun? berapa ramai penagih dadah yang ada berbanding dengan penghafal al-quran yang kita ada ?  Penagih dadah dilahir setiap sejam ~ sumber Utusan Malaysia ~ Dan statistik ini jugak menunjukkan melayu adalah bangsa tertinggi melahirkan penagih dadah dalam Malaysia ni.... ujian bagi kami ibu bapa di zaman ini... sangat menakutkan untuk hadapi zaman anak-anak akan membesar dan akhirnya hidup sendiri suatu masa nanti... adakah kami cukup kuat ?  kadang

Selamat Hari Lahir Sayang !

assalamualaikum semua,  Semalam hari lahir abg ngah tapi hari ni aku baru berkesempatan nak tulis ucapan hari lahir buat salah seorang buah hati aku dalam keluarga kami ni... Abg ngah aka Ahmad Najmi Afiq ummi tak lupa ye nak... ummi ingat tapi disebabkan kita dah sambut lebih awal dengan kek di Zoo Kemaman aritu maka takde la lagi sambutan kali kedua... hadiah pun ummi ayah dah bagi kan ? dan ummi dah buat ucapan dengan abg ngah jugak pagi tadi dan ucapan di instagram dan facebook jugak... ucapan untuk Abg ngah ooo... lupa nak tunjuk apa hadiah yang kami bagi untuk hadiah tahun ni... tahun ni kira istimewa berbanding tahun lain yang cuma ada sesi potong kek je... tahun ni ada hadiah iringan... hari jadi abg ngah tapi kakak husna dengan adik hadi pun dapat tempias tumpang sekaki sekali... hadiah kami beli untuk abg long , abg ngah dan kakak husna ialah sketch book... dan hadiah lain yang dibeli ialah... kita cerita kat entri lain la pulak ye... haha

Info Zoo Kemaman yang mesti tau !

assalamualaikum semua, disebabkan kemaruk demam Hari Keluarga di Zoo Kemaman masih belum abis lagi... dari Part 1 bersambung ke Part 2 dan sekarang kita cerita pasal Zoo Kemaman pulak ye... aku berhajat nak kongsikan apa yang ada di Zoo Kemaman ni sebenarnya... meh kita cerita serba sedikit info... di hadapan Zoo Kemaman  kalau nak tanya aku macamana nak pergi sebenarnya hari tu kami pun sesat... kuikui... dan dah sampai kat tengah bandar Chukai tu dah panik dah... mana nak hala... sebenarnya senang je tapi tah macamana boleh terlajak ke lain ntah... kalau ikut kenderaan pejabat masa buat kerja di Zoo Kemaman aritu kami ambik simpang betul-betul bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai... kalau korang dari bandar kira sekolah ni belah kiri korang dan korang terus ambik simpang kiri... lepas tu terus je... tapi aku nasihatkan korang guna je la waze atau google maps... macam aku aritu terpaksa guna GPS...hehehe... bila dah sampai tu parking Zoo ni terletak berhad

Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah !

assalamualaikum semua, semalam aku ada siarkan gambar abg long dengan luka di kepala yang siap berjahit... ramai yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku sebenarnya... dan aku tak daya nak menjawab satu-satu pertanyaan memandangkan data internet yang ada pun dah agak semput... dan aku rasa dengan menjawab soalan melalui entri ini rasanya lebih memadai.. sebenarnya kejadian menimpa abg long pada hari Selasa 17 Mei 2016 yang lalu memang agak mengejutkan semua orang terutama kami sebagai ibu bapa abg long sendiri... meh aku tepek gambar anak yang betul menguji hati hari selasa baru ni dulu... abg long dengan sengih lebar... sebenarnya cerita dia macam ni... hari Selasa dalam jam 11 lebih pagi lepas aku balik dari acara Lelongan Awam, cikgu sekolah abg long telefon... elok je nada suara cikgu memaklumkan...  Dialog bersama guru: Cikgu : Assalamualaikum puan, puan ni ummi kepada Ahmad Haziq Hakimi ke? Aku : ye saya... Cikgu : Puan, saya cikgu___ , cikgu bertugas minggu ni nak

Hari Keluarga di Zoo Kemaman Part 2

assalamualaikum semua, meh kita sambung cerita semalam Hari Keluarga di Zoo Kemaman Part 1  yang tertangguh tu... masa sampai sebenarnya kami memang tak la menjangkakan akan menang besar ke apa ke kan ? al maklumlah yang ahli rombongan kami ni tak ramai... sudah la tak ramai yang boleh diharap pun belum tentu lagi boleh bagi harapan untuk menjulang kejuaraan ni... nampak muka bersemangat nak menjulang kejuaraan di situ? dan tibalah kami di dalam Zoo Kemaman... kami terus dibawa naik dengan tram khas yang memang ada disediakan untuk pengangkutan semua pengunjung... jangan salah faham sebab kami buat Hari Keluarga kat sini je boleh naik tau... semua orang boleh naik... dan tiada bayaran tambahan pun dikenakan... haaa... menarik kan? naik la berapa kali korang nak naik pun... takde salahnya pun... dan takde pun konduktor yang tukang periksa tiket... so jangan bimbang la kalau anak korang macam anak-anak syurga comel kami yang suka beno ulang-ulang naik tram ni... hahaha

Wordless Wednesday # 105 : Pageview Cukup Sejuta Akhirnya

assalamualaikum semua, alhamdulillah...mengucap syukur hari ni... cukup SEJUTA akhirnya !!! terima kasih buat semua atas sokongan dan kunjungan.... pageview cukup sejuta! p/s jom kerja dengan gumbira!

Hari Keluarga KSSM di Zoo Kemaman yang sangat meriah!

assalamualaikum semua, hari tu masa aku buat entri pasal Virus Zika ada aku cakap pasal nak pergi ke Zoo Kemaman untuk hari keluarga kan ? alhamdulillah.... segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancangkan... sebenarnya tajuk tu ada tulis Hari Keluarga KSSM kan ? nak tau apa dia KSSM tu ? haaa... meh ita cerita meh... namanya pun blog Cerita Ita kan.... hehehe...  KSSM ni sebenarnya adalah singkatan kepada nama kelab kami di makmal yang sedang aku bertugas sekarang ni... nama penuh KSSM ni adalah Kelab Sukan dan Sosial Makmal... tak ramai pun ahlinya... ahli terdiri dari staf yang bekerja dalam makmal ni je... tak lebih pun 20 orang... tapi alhamdulillah kami berjaya menubuhkan kelab ni sejak lama dulu dan sudah pun berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau lebih dikenali sebagai ROS... dan Hari Keluarga ni merupakan salah satu aktiviti dalam kelab kami ni yang tujuannya mengeratkan lagi hubungan antara staf dalam organisasi kami yang kecik

Siri Animasi Didi & Friends kini dalam bentuk DVD!

assalamualaikum semua, korang tentu tau pasal siri animasi Didi & Friends kat Astro Ceria kan ? jangan kata la tak tau... anak-anak aku yang duduk rumah takde langgan Astro ni pun tau... lelagi adik hadi tu haa... bukan main bergoyang lagi menari bila dengar lagu Didi & Friends ... tau benar dia...padahal cuma dapat peluang dengar bila balik kampung sebab rumah atuk dia ada Astro sebulan sekali je pun... budak-budak memang cepat sangat ingatan dia kan? dan haaaa.... ni yang aku sangat teruja ni tau... selalunya anak-anak paksa kami semua bukak youtube sebab nak tengok video macam Didi & Friends ni tapi kali ni dah ada orang yang jual dalam bentuk DVD la pulak... yang tentunya boleh terus je pasang kat tv bila-bila masa je la yang korang nak... hahaha...menarik kan ?  Fenomena Didi & Friends Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. Ak