Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live

  Bayu Somerset Pupuk Kecintaan terhadap Baju Kurung melalui Shopee Live Bukan Sekadar untuk Raya: Bayu Somerset Takrif Semula Pakaian Tradisional untuk Gaya Harian Bayu Somerset adalah perintis jenama fesyen yang membawakan nafas baharu terhadap industri fesyen tempatan dengan rekaan ranggi dan visi inklusif. Ditubuhkan pada 2021 oleh Diana Kamalul dan Emir Fauzi, pasangan yang dahulunya bekerja sebagai pegawai bank, melahirkan Bayu Somerset atas keinginan untuk mengisi ruang kosong untuk baju kurung yang berwarna-warni dan ranggi, di mana selalunya didominasi dengan rekaan bersederhana. Bayu Somerset juga menawarkan rangkaian pakaian yang boleh diakses semua tanpa mengira usia, latar belakang, warna kulit, saiz, majlis, atau musim.   Sambil menguruskan lima cawangan kedai fizikal, Bayu Somerset semakin bersinar di dunia e-dagang di mana mereka sentiasa belajar dan menyahut cabaran landskap dunia digital. Memahami keperluan untuk mengadaptasi, Emir menggunakan pendekatan dipacu teknol

Salam Ramadan Buat Semua

Ramadan 1445H Yang Dinanti Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah masuk hari ke 5 Ramadan tahun ni rupanya. Macam sekejap je berlalu, baru je rasa tengok pengumuman awal Ramadan hari tu. Tiba-tiba je dah sampai hari ke 25 dah pun.  Telah diumumkan secara rasminya pada malam 10hb Mac 2024, yang 1 Ramadan 1445H telah jatuh pada hari Selasa, 12hb Mac 2024. Maka secara tak langsung, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari itu iaitu lewat sehari dari umat Islam di Mekah. Jadi harapnya aku tak terlewat nak ucapkan selamat berpuasa buat semua pembaca blog Ceritaita. Cuaca Panas di Seluruh Negara Macamana korang menghadapi bulan puasa tahun ni? Kalau tanya kami, agak menguji jugak dengan cuaca agak panas sekarang ni. Semalam macam ada terbaca yang Malaysia akan lebih panas beberapa hari mendatang ni.  Mulai hari tu negeri Perlis telah diumumkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana suhu di seluruh negeri Perlis telah mencecah 37 hingga 40 darjah celcius. Negeri lain pun ada yang na

Top Up ML: Enhancing Your Mobile Legends Experience

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) has taken the mobile gaming world by storm with its fast-paced action, strategic gameplay, and diverse roster of heroes. Whether you're a seasoned player or just starting your journey in the Land of Dawn, having ample in-game resources can significantly enhance your gaming experience. In this article, we'll delve into the importance of top up ml , explore its benefits, and guide you through efficiently topping up your account. Understanding the Importance of Top-Up in MLBB In MLBB, top-up refers to purchasing in-game currency, often diamonds or gems, using real-world money. These diamonds can unlock new heroes, purchase skins, acquire in-game items, and more. While MLBB is free to play, the game offers various premium features and cosmetic items that can only be obtained through diamond purchases. Thus, topping up becomes essential for players who wish to access exclusive content and maximize their gaming experience. Benefits of Topping Up in ML

29 Februari, Istimewanya Tahun Lompat

Tahun Lompat, 4 tahun sekali Assalamualaikum semua, tahun ni merupakan tahun yang istimewa disebabkan tahun lompat. Tahun di mana bulan Februarinya akan ada 29 hari berbanding tahun biasa yang cuma ada 28 hari sahaja di setiap bulan Februari.  Tahun lompat ini hanya berlaku setiap 4 tahun sekali. Jadi ianya sangat istimewa pada aku. Untunglah sesiapa yang lahir pada setiap 29 Februari ni.. mereka cuma akan sambut hari lahir setiap 4 tahun. Tentu meriah sambutannya kan.. Sejarah Tahun Lompat Pada asalnya dulu kiraan kalender dikira dari tempoh bumi mengelilingi matahari. Tetapi setelah didapat kiraan sebenar kitaran bumi mengelilingi matahari bukanlah 365 hari tetapi yang lebih tepat ianya 365.25 hari.  Jadi untuk melengkapkan kitaran ini, maka ada tahun yang perlu ditambah 1 hari dan ditambah pada bulan Februari yang merupakan 1 sahaja bulan yang mempunyai bilangan hari kurang dari 30 hari.  Apabila ditambah hari ini pada tahun tertentu ianya akan menjadikan kitaran itu menjadi ge

Kisah Mati dan Cerita Sebelum Tidur

Cerita Sebelum Tidur Assalamualaikum semua, sejak dulu aku suka bacakan cerita-cerita pada anak-anak sebelum tidur. Ini anak-anak dah besar agak berkurang aktiviti ni. Kalau dulu siap ada cerita rekaan la aku buat setiap malam. Kalah penulis buku cerita kanak-kanak dah dia punya imaginasi sebab nak layankan anak-anak. Sekarang ni masih layankan juga cerita sebelum tidur ni. Tapi cuma 2 orang yang masih berminat nak dengar.. si Adik Adam dan Abg Chik.. Kalau aku bacakan cerita mesti masing-masing mudah tertidur. Banyak jugak aku baca kisah-kisah tauladan untuk cerita sebelum tidur ni. Aku paling suka buku kisah Nabi dan Rasul, juga kisah sahabat-sahabat Nabi.. tapi sayang buku-buku tu banyak yang dah rosak waktu banjir 2021 dulu. Mayat Bertukar Menjadi Babi (Hadis Palsu) Ada satu kisah yang aku suka bacakan dengan anak-anak. Kisah ni di zaman Rasulullah kita iaitu, Nabi Muhammad S.A.W... pada satu hari dikisahkan seorang pemuda telah datang sambil menangis menghadap baginda Rasulu

Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Luangkan Masa Bersama Anak-anak Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kat blog ni. Rindu oii.. Tapi apakan daya, kerja hakiki mengejar macam apa ni.. Sampai rasa tak cukup masa je setiap hari. Tapi dalam kesibukan tu aku sempat jugak la melayan anak-anak buat aktiviti cuti sekolah 2024 kali ni. Walaupun hakikatnya mata ummi ayah diorang ni dah rupa kena jahit dah ni.. Cuaca panas akibat Fenomena El Nino Fenomena El Nino sebenarnya dah mula melanda negara kita Malaysia sejak dari penghujung 2023 hari tu lagi dan dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun 2024. Tapi hujung tahun lepas area kami duduk ni agak sejuk dan sentiasa hujan, jadi kami tidaklah rasa penangan El Nino sangat pun. Tapi sejak seminggu dua ni cuaca memang terasa sedikit panas melebihi biasa. Kalau kat rumah ni buat kerja sikit je dah macam pergi Spa dah rupanya.. mulalah sibuk cari kipas sebab panasnya Ya Allah.. tak terdaya. Bila dah panas macam ni kami mula memikirkan aktiviti menarik yang boleh di

Hari Akhir Bulan Januari

31 Januari 2024 Assalamualaikum semua, aku sebenarnya agak terkejut tengok tarikh hari ni. Sebab bulan ni terasa macam kelam kabut sikit uruskan hal kerja dan rumah. Tak sedar yang masa berjalan sangat cepat. Sedar-sedar dah sampai penghujung Januari dah rupanya. Macam baru je lagi ucap selamat tahun baru 2024 hari tu. Aktiviti hari terakhir Januari Temujanji Abg Ngah di Pakar Mata  Hari ni hari temujanji abg ngah di Klinik Pakar Mata di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom atau kami biasa panggil Hospital Kluang je. Biasanya temujanji dia di waktu petang, sekali kali ni kena datang waktu pagi pulak. Rasa serik pun ada sebab ramai betul orang pagi ni. Kami letak kad temujanji tadi dalam pukul 8.10 pagi, temujanji pada kad pukul 8 pagi.. Kami tercegat tunggu di luar sebab nak masuk pun dah takde ruang nak berdiri. Sudahnya tak dengar nama kena panggil. Pukul 9 lebih aku masuk tanya nama dah panggil belum tapi pegawai tu kata dia tak pasti sebab ada 2 tempat yang panggil na